PEMIMPIN UMNO tidak perlu marah dan melenting terhadap penganjuran Kongres Maruah Melayu Tanah Aku yang dijangka berlangsung bulan depan, kata Pertubuhan Generasi Muda Melayu Malaysia (GEMUDA).

Presidennya, Rosli Othman berkata, kongres itu sebenarnya hanya melibatkan diskusi ilmiah yang diadakan oleh kumpulan akademik universiti tempatan, bukannya golongan politik.

Oleh itu katanya, pihak tertentu tidak seharusnya melulu mengkritik kongres yang bertujuan untuk kebaikan orang Melayu sendiri.

“Sepertimana kita ketahui, Himpunan Ummah membabitkan dua parti besar Melayu,UMNO dan PAS.

“Manakala kumpulan akademik ini pula terdiri daripada golongan profesional dan mereka juga berhak untuk menganjurkan sebarang program untuk pembaikan orang Melayu di alaf baru ini.

“Kita melihat tidak ada sebarang masalah untuk menganjurkan kongres ini demi untuk kebaikan semua dan ianya tidak harus dipolitikkan baik dari segi penganjuran mahupun untuk mencapai kata sepakat tentang di penghujung kongres ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, segelintir pemimpin UMNO mengkritik penganjuran Kongres Maruah Melayu Tanah Aku yang disifatkan sebagai modal politik pemimpin Pakatan Harapan selain cuba menyaingi penyatuan ummah antara UMNO dan PAS.

Bagaimanapun Pengarah Pusat Kecemerlangan Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Hashim Ismail berkata, menepis dakwaan pemimpin politik pembangkang itu yang disifatkan sebagai tidak benar.

Jelasnya, kongres itu dibuat dengan kerjasama tiga universiti lain iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

Sementara itu, Rosli menyeru rakyat untuk menyokong kongres itu kerana sudah tiba masanya masalah orang Melayu diperhalusi dan diselesaikan.

Jelasnya, rakyat perlu memberi ruang kepada mana-mana pihak yang mahu melakukan ikhtiar demi menyelesaikan masalah ekonomi, pendidikan, budaya dan politik Melayu.

“Saya berharap agar kongres ini merupakan pembuka jalan kepada kerajaan baru ini supaya serius untuk membantu Melayu.

“Kepentingan politik Melayu ketika ini amat diperlukan demi untuk menerapkan pembelaan kepada orang melayu.

“Sebelum ini UMNO-PAS dengan penganjuran Muafakat Nasional, kini kita juga bersama dengan kempulan akademik dan memberi dokongan atas usaha sebegini,” ujarnya.

Rosli berkata, penyatuan PAS dan UMNO memulakan langkah terbaik dalam menyatukan bangsa Melayu yg selama ini berbalah tanpa memikir akibat kemusnahan bangsa Melayu itu sendiri.

Beliau berharap penyatuan dua parti itu mampu menjadi akar umbi sehingga Melayu semakin kuat tanpa dapat digugat di tanah bumi bangsa Melayu itu sendiri.

“Maka Kongres Maruah Melayu Tanah Aku pula dapat kiranya ahli akedemik dan bijak pandai mencari jalan memperkasakan ekonomi, pendidikan dan sosial bangsa Melayu dalam menempuh abad baru bagi bersaing dengan bangsa yang lebih maju di negara ini dengan tongkat yang diberikan kerajaan terdahulu.

“Maka tongkat yang sama juga perlu diberikan kepada bangsa Melayu alaf baru ini kerana generasi muda Melayu sekarang lebih bersedia dan mempunyai daya saing dalam bidang ekonomi berbanding dengan Melayu dahulu,” katanya. – 25 September 2019.

2 COMMENTS

  1. Selamat berkongress!!! Semoga saranan-saranan yang bernas hasil kongress ini dapat dilaksanakan dengan tuntas. Bukannya sekadar berkongress untuk memenuhi KPI ahli akademik dan akhirannya saranan tinggal saranan. Semoga ahli akademik dan kumpulan bijak pandai Melayu ini dapat menggerakkan agenda-agenda pemerkasaan bangsa dan peradaban Melayu. Bukannya bergantung harap kepada bangsa DAP i.e.kerajaan PH (yang pastinya tidakkah sehebat mana pendidikannya) untuk perlaksanaan dasar yang telah diformulasi. Bak kata pepatah Melayu, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.