RAKYAT perlu memberi peluang kepada Kongres Maruah Melayu Tanah Aku yang akan berlangsung pada awal bulan depan, kata Ismail Mina Ahmad.

Timbalan Presiden Institut Pemikiran Tradisional Islam (IPTI) itu berkata, beliau sedar bahawa ramai pihak masih belum jelas tentang inti pati kongres itu termasuk wakil akademik yang akan hadir.

Namun katanya, ia tidak bermaksud kongres tersebut wajar ditolak mentah-mentah, dan ia wajar perlu diberi peluang sekiranya baik untuk orang Melayu dan Islam.

“Kita tengok dulu macam mana kongres itu, baru kita boleh nilai,” katanya ringkas ketika dihubungi NTHQiBord.

Beliau mengulas tentang kemampuan kongres anjuran universiti awam itu untuk mengangkat martabat orang Melayu dan Islam dalam era yang penuh mencabar hari ini.

Antaranya universiti terlibat adalah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Setiap universiti itu akan menghantar wakil akademik masing-masing bagi membincangkan masalah yang dihadapi orang Melayu sejak kebelakangan ini. – 26 September 2019.

1 COMMENT

  1. Saya berharap Kongres Maruah Melayu yang di anjurkan gabungan dari UM, UPM, UPSI, UITM dapat membawa bersama semua uniiversiti Awam dan Swasta dalam manjayakan matlamat kongres tersebut sebagaimana yang berlaku pada tahun 1974 yang mana semua wakil telah menyuarakan yang menyentuh khusus masaalah orang melayu dan rakyat amnya tapi janganlah ia nya di provokasikan sebagaimana tahun 1974 hinga tertangkap nya seperti Abd Rahman Rukaimi, Idris Jusi ,Basroh Hassan , Hasanudin Youp, Ahmad Shah Md Noor, Ibrahim Ali, Ishak Jaafar dan Adi Satria.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.