ADA yang mengalah sebelum bertarung. Ekonomi bangsa Cina kuat. Melayu tak mampu menyaingi ekonomi mereka.

Ada pula yang mengatakan pemuafakatan PAS dan UMNO boleh memecahbelahkan umat.

Ada kelompok Melayu alim kucing yang mengatakan peniaga Cina dah berubah.

Dulu peniaga Cina tidak hiraukan keluaran muslim untuk diletakkan di pasar raya mereka.

Sekarang mereka dah berubah hanya mengambil tempoh yang singkat terus jadi baik.

Kami ikhlas untuk mengadakan perundingan dengan peniaga Cina. Adakah mereka ikhlas alim kucing.

Kumpulan ini tahu selama 62 tahun peniaga Melayu bergelombang dengan keperitan untuk memajukan perniagaan mereka.

Apa yang berlaku terus berlalu tanpa sebarang usaha untuk berunding dengan rakan dagang dari kaum Cina agar dapat jadi rakan kongsi yang baik.

Mungkin kelompok mereka sahaja dapat manfaat. Hasil kempen Utamakan Produk Muslim ( BMF) agaknya telah menjejaskan keuntungan mereka juga sehingga terpaksa ‘mengikhlaskan’ diri untuk berunding dengan peniaga Cina. Inilah ikhlas alim kucing.

Ini contoh alim kucing alam perniagaan. Tak mustahil kumpulan alim kucing ini ada juga dalam politik dan lain lain bidang. Kumpulan ini ketepikan bangsa Melayu dalam politik.

Mereka akan utamakan bangsa lain menikmati kemenangan dalam kuasa dan politik terutamanya dalam pilihan raya umum walaupun kawasan tersebut adalah majoriti bangsa Melayu.

Sebab itu walaupun kita telah merdeka selama 62 tahun tiada pencapaian yang membanggakan bangsa Melayu dalam sebarang bidang. Bangsa Melayu semakin tergugat dalam semua aspek kehidupan mereka.

Wujud kumpulan macam ini yang menyebabkan bangsa Melayu terus lemah dan jatuh iaitu kumpulan ikhlas alim kucing dalam perniagaan, politik dan lain-lain. – 26 September 2019.

SHARIPUDDIN AB KADIR,
YDP ISMA Pasir Puteh.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.