PADA sekitar tahun 2016, tersebarnya satu cerita berkenaan nasib malang 4 orang guru Melayu yang mengajar di Sekolah Cina iaitu SJKC Pai Chee.

Memetik laporan mynewshub.tv keempat-empat orang guru Melayu tersebut dikatakan telah bertindak membuat laporan polis berhubung tindakan dan layanan buruk yang diterima mereka ketika mengajar di sekolah tersebut.

Apa yang terjadi adalah seorang daripada mereka telah diserang oleh seorang pelajar dan kemudiaanya pelajar tersebut turut memaki guru yang terlibat dalam Bahasa Cina.

Tetapi malangnya, Guru Besar, Ang Swee Hoon tidak mengambil tindakan ke atas pelajar yang biadap itu malah turut menunjukkan sikap rasis yang keterlaluan.

Lebih malangnya perkara ini bukanlah kali pertama terjadi tetapi sudah beberapa kali.

Malah Guru Besar yang rasis ini juga turut bertindak mengarahkan keempat-empat guru ini agar memohon pertukaran ke sekolah kebangsaan.

Dek kerana tindakan guru yang rasis ini menyebabkan dirinya di pindahkan ke Pejabat Pendidik Daerah Mersing dan kes tersebut telah dirujuk ke jawatankuasa tatatertib.

Jadi apabila Guru Besar tersebut dikenakan hukuman pindah dan dikenakan hukuman tatatertib ini bermakna guru tersebut memang terbukti bersalah kerana bertindak rasis.

Tetapi apa yang lebih kecohnya sekarang, dimaklumkan bahawa DAP telah mengutip guru rasis tersebut dan dilantik sebagai Ahli Majlis di Majlis Daerah Mersing. Cubalah fikir jika dahulu pun guru tersebut sudah rasis, bayangkan sekarang?

Persoalannya, apabila Ang Swee Hoon sudah jadi Ahli Majlis, bolehkah dia berlaku adil dan buang sikap rasisnya terhadap bangsa Melayu?

Yang menghairankannya lagi, bagaimana DAP boleh mengambil seseorang yang pernah dihukum bersalah kerana bersikap rasis sebagai Ahli Majlis?

Mustahil sebelum lantikan dibuat langsung tiada semakan tentang latar belakangnya .

Soalnya siapa sebenarnya, Ang Swee Hoon ini? Apa kepentingan yang DAP peroleh apabila melantik Ang Swee Hoon sebagai Ahli Majlis?

Apa-apa pun sekarang sudah terbukti bahawa sebenarnya DAP yang rasis kerana melindungi malah melantik orang yang terbukti rasis sebagai Ahli Majlis demi kepentingan mereka sendiri. – 26 September 2019.

DHIA HANI,
Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.