KONGRES Maruah Melayu Tanah Kita mampu menjadi pencetus terhadap pembelaan nasib orang Melayu pada abad ke-12 di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis politik, Hamdan Taha.

Beliau berkata, penganjuran kongres itu amat penting kerana selepas 16 bulan PH memerintah, rakyat bergelumang dengan pelbagai isu membabitkan orang Melayu termasuk kedudukan Melayu dan Islam dicabar.

Jelasnya, dengan penganjuran kongres ini, golongan bukan Melayu akan sedar bahawa negara ini adalah majoritinya orang Melayu dan segala hal membabitkan orang Melayu perlu dijaga.

“Saya percaya dengan penglibatan pihak universiti, pasti ada nilai tambah dari segi akademik yang boleh dijadikan asas kepada kerajaan untuk membela nasib orang Melayu.

“Jadi saya harap kerajaan akan mengambil kira pandangan yang tercetus daripada kongres itu untuk diterima pakai bukan sehaja kepada pemerintah, tetapi kesemua parti politik Melayu,” katanya kepada NTHQiBord.

Sehubungan itu, Hamdan menyeru Bangsa Melayu untuk menyokong kongres tersebut yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam pada 6 Oktober depan.

Katanya, tanpa mengira kepentingan politik atau sebagainya, semua pihak perlu memberi sokonga kepada kongres itu apabila ia menyentuh tentang Bangsa Melayu.

“Saya secara peribadi menyokong kongres ini dan kira doakan yang terbaik terhadap apa jua keputusannya,” katanya. – NTHQiBord, 27 September 2019.

2 COMMENTS

  1. Kalau apa2 pun kongres atau persidangan yang dipelupori kerajaan PH, lebih2 lagi jika melibatkan kepentingan Melayu dan Islam hanya satu saj tujuannya, iaitu cuba MENIPU umat Melayu dan Muslim. Adalah satu perkara pelik dan tak masuk akal menyerahkan nasib orang Melayu kepada kumpulan yang terang2 merupakan kaldai2 Bangsa DAP. Selama lebih setahun setengah masyarakat Melayu telah menyaksikan dan mengenali sifat sebenar pemimpin2 dan menteri2 Melayu dan PH. Mereka berada disitu atas ihsan DAP dan bersedia melaksanakan agenda2 yang disusun oleh parti cauvanis cina tersebu tdemi pangkat dan tembolok sendiri; malah lebih teruk ada menteri2 melayu yang berlagak seperti anjing buruan bagi Bangsa DAP menggigit bangsa sendiri apabila tuan2 mereka disentuh !! Dikala kepentingan Melayu di lunyai dan Islam dihina, pemimpin2 Melayu PH terutama yang mendabik dada konon akan lebih islamik daripada PAS, membisu macam tikus ketakutan, Adakah ini rupa dan jenis yang konon mahu mengadakan kongres pencetus pembelaan Melayu??? Atau acah2 mahu bersaing dengan Penyatuan Ummah yang begitu digeruni oleh PH??

  2. Tak perlu pun kongres sebab awak sebahagian dari kerajaan laksanakan sahaja penyatuan dan pembelaan kepada bangsa melayu contohnya ekonomi dan pendidikan
    Tak perlu pun bersaing dengan parti2 lain pun
    Sudah setahun PH pegang jawatan tiada nampak pun sumbangan kepada bangsa melayu hanya yang ada mengkucar kacirkan sahaja.
    Jangan jadi menteri menteri yang suka menyalak sahaja tetapi O kita rakyat nak tengok apa hasil yang menguntungkan dan berfaedah bukan asyek ceramah dan berpolitik sahaja buang masa. Kita sekarang bukan hidup zaman batu tak perlu makan sekarang kena pantas menteri menteri pun kena cekap berikan idea idea yg bernas untuk memberi kesenangan kepada rakyat.
    Ingat sumber yg anda makan setiap hari adalah hasil titik peluh rakyat tapi kalau sumbangan anda kepada rakyat 0 tak kan berkat dunia dan akhirat

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.