KERAJAAN disaran melakukan reformasi terhadap sistem cukai negara yang mudah dielak dan diambil kesempatan, kata pakar ekonomi Profesor Jomo Kwame Sundaram.

Beliau yang merupakan penasihat penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) itu berkata, lompong dalam sistem cukai menyebabkan banyak pihak sama ada individu atau syarikat mengelak membayarnya dengan pelbagai cara.

Jomo berkata, kalangan syarikat besar yang beroperasi di banyak negara hanya mahu mengambil kesempatan daripada insentif dan pelepasan cukai yang diberikan kerajaan negara itu.

“Kita kena ada kerjasama antarabangsa agar kita boleh kenakan cukai kepada syarikat-syarikat ini. Mereka buat duit di negara kita, tapi kita pula bagi pelepasan cukai.

“Dan dengan memanipulasi akaun mereka dan sebagainya, mereka boleh mengelak untuk bayar cukai atau meminimumkan cukai yang perlu dibayar,” katanya menurut sebuah portal.

Beliau memberi contoh betapa ada syarikat yang beroperasi di Malaysia menikmati insentif cukai sejak 1950-an sehingga hari ini.

Justeru, Jomo berkata sudah tiba masanya sistem cukai Malaysia dirombak agar lebih berkesan dan ia mampu memberi perubahan ketara kepada ekonomi negara.

“Sekarang ini ada banyak cara untuk kenakan cukai terhadap pihak berpendapatan tinggi secara lebih efektif.

“Saya yakin penasihat dalam kerajaan sedang meneliti pilihan-pilihan ini. Seperti kata pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan,” katanya. – 27 September 2019.

2 COMMENTS

  1. pakar apa kejadahnya dia ni…kenapa masa masih dlm system GST dulu pakar ni bagi nasihat betul2 kebaikan GST berbanding SST…lu senyap masa tu kenapa…klu betul pakar..sebelum berlaku la pakar bagi nasihat…bukan lepas setahun baru tau SST longkang…macam tu aku pun boleh mengaku pakar ekonomi weyyyy..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.