MANA-MANA pihak diingatkan agar tidak mengusik tiga perkara utama iaitu Islam, Melayu dan raja-raja, demikian amaran Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK).

Presidennya, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur jika ada cubaan untuk mengusik tiga perkara tersebut.

“Melayu, Islam dan raja-raja, jangan disentuh. Kalau sentuh, faham-fahamlah.

“Kita sayang kepada Melayu, Islam dan raja-raja. Kita tahu ada pihak yang sudah mengusik. Tapi jangan sampai keterlaluan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Terbuka Datuk Adiwijaya di Wisma Gayong Kebangsaan di Kampung Pandan hari ini.

Turut hadir adalah Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Turut berlangsung pada majlis itu adalah Istiadat Penyampaian Bengkung.

Azwanddin menerima sandang Mahkota Agong Seri Relang Pelangi yang disampaikan sendiri oleh Adiwijaya.

Sementara itu, Mohamad Hasan dalam ucapannya menghargai kehadiran Azwandin sebagai Presiden JMM ke majlis tersebut.

Beliau juga berharap JMM dapat terus berganding bahu dan sama-sama berjuang dalam mempertahankan Melayu, Islam dan raja-raja. – NTHQiBord, 28 September 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.