MENTERI Agama Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan Menteri Pendidikan Maszlee Malik masih membisu isu bacaan doa Kristian dalam satu acara di sebuah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Isu itu dibangkitkan oleh Persatuan Anak Jati Pulau Pinang Azmi Jaafar yang menyifatkan tindakan sekolah itu sebagai satu usaha menyebar doktrin agama itu kepada murid Islam.

Lebih membimbangkan, isu tersebut melibatkan soal akidah kepada pelajar Islam sekolah terbabit.

Upacara sedemikian adalah bertentangan dengan Perlembaggan yang menggariskan Islam agama rasmi persekutuan.

Azmi berkata, bacaan doa agama lain merupakan satu kesalahan kerana acara penyampaian anugerah di sekolah mubaligh tersebut adalah majlis rasmi kerajaan.

“Doa adalah kita minta kepada seseorang dan bagi umat Islam kita akan minta kepada allah dan sebut Nabi Muhammad Saw.

“Doa itu adalah seruan penyebaran agama Kristian dalam program tersebut, dan wakil gereja ketika membacakan doa menyebut nama Nabi Isa.

“Ini adalah cubaan mereka untuk angkat dakyah agama Kristian dalam doa,” katanya.

Kes itu berlaku pada satu majlis penyampaian anugerah sebuah sekolah mubaligh di sebuah kolej swasta semalam, yang dihadiri pelajar dan ibu bapa beragama Islam.

Video yang memaparkan bacaan doa Kristian itu turut tular dalam media sosial dan bukti berhubung perkara itu sudah diserahkan kepada polis oleh Azmi sendiri kerana beliau hadir pada acara itu.

Satu laporan polis juga dibuat oleh aktivis Mukhsin Latif dengan tuntutan supaya polis menyiasat pentadbiran sekolah berkenaan atas penganjuran upacara tersebut. – 29 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.