KONGRES Maruah Melayu yang dianjurkan golongan akademik merupakan satu usaha dan niat yang cendurung kepada kebaikan untuk Bangsa Melayu, kata Ketua Bahagian Parti IKATAN Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Aliff Tafid.

Beliau berkata, kongres itu sama seperti penyatuan ummah yang bertujuan bermatlamatkan menyatukan orang Melayu dan mensejahterakan masyarakat majmuk di negara ini.

Jelas beliau, sebarang usaha penyatuan dan perpaduan yang dianjurkan untuk menjaga maruah dan hak orang Melayu sewajarnya disokong sebaik mungkin.

“Tidak kira samada penyatuan ataupun kongres yang dilaksanakan Kerajaan mahupun pembangkang ataupun NGO, asalkan bertujuan membela Bangsa Melayu selaras dengan Perlembagaan Perkara 153.

“Jika kita tanya 30 juta rakyat Malaysia terutamanya Bangsa Melayu itu sendiri, piagam yang manakah lebih utuh dan bermutu untuk menyatukan kedaulatan orang Melayu serta masyarakat pelbagai kaum?

“Sama ada Kongres Maruah Melayu atau Penyatuan Ummah, biar mereka yang menghitung dan memberi mandat,” katanya kepada NTHQiBord.

Beliau mengulas mengenai penganjuran Kongres Maruah Melayu Tanah Kita pada 6 Oktober depan di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam.

Kongres itu dianjurkan Pusat Kecemerlangan Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya dengan kerjasama tiga lagi universiti awam iaitu Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia danUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). – 29 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.