SOKONGAN padu terus diberikan ramai pihak terhadap penganjuran Kongres Maruah Melayu Tanah Aku pada 6 Oktober ini.

Terbaru, mantan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Malaysia (GPMS) menjadi inidividu terbaru bersetuju dan menyokong kongres itu.

Zambri Mohd Isa ketika dihubungi NTHQiBord berkata, beliau akan menyokong apa sahaja usaha yang melibatkan orang Melayu.

Jelasnya, kongres ini melibatkan agenda orang Melayu dan semua pihak terbabit perlu bersatu dan membincangkan hala tuju bangsa majoriti Malaysia ini.

“Kita perlu ketepikan agenda politik peribadi dan menyokong kongres ini.

“Kita juga perlu menilai kejujuran penganjuran kongres ini yang jelas mahu membincangkan tentang masalah orang Melayu,” katanya.

Kongres Maruah Melayu Tanah Aku akan berlangsung di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam dengan penglibatan ahli akademik dari empat universiti tempatan.

Universiti Malaya (UM) sebagai penganjur utama akan dibantu oleh Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Perguruan Sultan Idris.

Antara topik yang akan dibincangkan termasuk cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu pada zaman ini. – NTHQiBord, 30 September 2019.

3 COMMENTS

  1. Oii Mangkuk. Kongres dan laungan kalau tidak disalut dengan politik sama lah dengan angan2 Mat Jenin. Tak perlu pakai lampu suluh, kongres ini jelas adalah tajaan PH yang hancing dengan bau kencing parti2 politik PAN dan PPBM untuk menyaingi Muafakat Nasional Umno-Pas dan diterajui oleh pembodek2 tegar untuk meraih laba tembolok. Jika benar2 mahu menjaga maruah Melayu sokong saja secara terbuka Muafakat Nasional yang terang2 disokong oleh umat Melayu-Muslim. Lautan ratus ribu orang melayu-Muslim di KL pada 149 sudah cukup bukti. Kongres ini cuma cubaan bodoh bertujuan mendatangkan kekeliruan di kalangan umat Melayu Muslim sebagaimana arahan daripada Tuan Besar DAP.

  2. Jgn terus cop.p dgr dulu.jgn timbulkan sikap hat ni boleh yg tu tak boleh.tu dlm islam kata.tak cerdik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.