KEPUTUSAN Sabah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan bercanggah dengan Dasar Pendidikan Nasional, kata Aminuddin Yahaya.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu berkata, beliau kesa dengan tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan perkara itu semalam.

Jelas beliau, sistem UEC hanya memisahkan dan membuka lagi jurang antara kaum bahkan, sangat tidak baik untuk masa depan negara.

“Adalah sangat tidak wajar mana-mana pihak mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke universiti awam dan perkhidmatan awam terutamanya oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.

“Saya sudah banyak kali menulis tentang isu ini dan konsisten menyeru semua pihak agar menolak UEC dan tidak melayan tuntutan-tuntutan Dong Zong,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan sektor perkhidmatan awam negeri.

“Kerajaan Negeri telah mengiktiraf UEC di Sabah. Kami telah buat keputusan mengiktiraf sijil ini,” katanya.

Sijil UEC dikelolakan Jawatankuasa Kerja Sekolah-sekolah Menengah Cina (MICSS) dan wakil-wakil dari Dong Jiao Zong. – 30 September 2019.

3 COMMENTS

  1. Mudah betul.nak bagi alasan…Tak tau..!! Standar answer mcm juga Tun….mungkin malas nk ulas …dia guna dia ayat # Tak tau !! Macam ini kah level seorang Ketua Menteri….tidak tau atau tidak mengetahui undang2 yg sangat penting Dan sewajarnya seorang ketua dlm sesuatu Negara itu ariff Berkaitan undang2 dalam sesuatu perkara terutama yg bakal melibatkan pendidikan ……

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.