TUN Mahathir Mohamad perlu waspada dengan kelicikan bakal penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Perdana Menteri itu dijadual menghadiri Kongres Maruah Melayu Tanah Aku pada 6 Oktober ini, kata seorang aktivis masyarakat.

Hairul Amin berkata, beliau khuatir kongres itu akan mencetuskan perebutan kuasa yang lebih serius antara Tun Mahathir dan Anwar berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri seperti yang dijanjikan.

Katanya, bukan lagi rahsia bahawa Tun Mahathir akan hadir ke kongres itu atas kapasiti pemimpin Melayu, bukannya Perdana Menteri bagi menepis sebarang campur tangan politik.

“Tun Mahathir akan dapat ancaman dan kecaman dari orang bukan Melayu kerana datang ke kongres itu yang secara jelas mahu memperjuangkan nasib orang Melayu.

“Oleh itu, Anwar akan ambil kesempatan untuk perjuang hak orang Cina dan India supaya dapat sokongan dari mereka bagi mencapai cita-cita sebagai Perdana Menteri.

“Jika Anwar datang ke kongres itu, pastinya beliau akan dikecam, maka cita-citanya akan musnah,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord.

Hairul berkata, isu antara Tun Mahathir dan Anwar antara contoh tidak kesefahaman dalam Pakatan Harapan (PH).

Jelasnya, PH sanggup duduk bersama hanya untuk menumbangkan Barisan Nasional dan tidak lebih dari itu.

“Akibat dari itu, wujud ancaman terhadap perpaduan dan hubungan kaum di Malaysia.

“Jadi kesan ini akan berlanjutan jika tidak diadakan kongres ini yang sepatutnya diadakan lebih awal selepas PH menang pilihan raya pada Mei tahun lalu,” katanya. – NTHQiBord, 1 Oktober 2019.

6 COMMENTS

  1. Wahai pemimpin2 ku… Dah lah bertelingkah tu…penuhilah janji manifesto PRU 14 tu… Kesian rakyat menunggu dan menanti seperti menunggu buah durian yang tak gugur…. walaupun musin durian dah habis… Masih bergaduh dengan isu isu murahan yang tak berfaedah pada rakyat 1 sen pun…

  2. Dalam keadaan skrg DSAI n TM ,umur lebih muda DSAI 22 th berbanding TM. Logiknya DSAIlah patut jadi PM. TM sdh sangat tua.Sepatutnya sdh bersara.Kenapa Ego sangat. Insaflah. DSAI org Melayu lebih Melayu berbanding TM.

  3. Betulkah PAS bertaqwa ? Kalau dikatakan bertaqwa, jelaskan apa makna Taqwa sebenarnya? Nak kata pertahankan Islam, Islam jenis apakah kalau Dulu UMNO pemimpin PAS pernah berkata mati berjuang lawan UMNO adalah Mati Syahid. UMNO adalah musuh PAS no 1 dsb.Skrg PH wajib dijatuhkan. Fikirlah masak2.

  4. Penulis ni mangkuk sengaja bersangka buruk sesama melayu..udah lama..baik ko balik tanam kangkong..bangang punya spises

  5. Kmu semua dlm ni yg bangang. Kmu tahu dak,satu satu nya org yg Tun XPERCAYA, DSAI. Itu la Tun X akan serah jawatan kpd DSAI. Kmu semua cuba la fikir, kmu ingat DSAI x berdendam ke kpd TUN. 20 thn hidup dia musnah, maruah, kaum keluarga tercemar. FIKIR FIKIR la semua.

  6. Pemimpin bergaduh rebut kuasa
    Rakyat Melayu bawahan yg kena tembak
    Pemimpin Melayu yg gila kuasa
    Habis Rakyat Melayu dikata Haprak…!!

    Yang gila kuasa pemimpinnya Melayu…!!!
    Yang bodoh pemimpinnya Melayu…!!!
    Yang Haprak pemimpinnya Melayu…!!!
    Yang gila jual tanah pemimpinnya Melayu…!!!
    Yang mudah lupa pemimpinnya Melayu…!!!
    Yang rasuah pemimpinnya Melayu…!!!
    Yang suka bergaduh pemimpinnya Melayu..!!!
    Yang tukang buat fitnah pemimpinnya Melayu…!!!
    Yang menipu pemimpinnya Melayu…!!!
    YANG MENJADI MANGSA KEBINASAAN
    MASYARAKAT BAWAHAN MELAYU-ISLAM..!!!
    BANGSA MELAYU KAH YG BODOH…???
    ATAU PEMIMPIN MELAYU KAH YG MESTI DI HUKUM…???

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.