PEMUDA UMNO tidak perlu mengeluarkan kenyataan akhbar berunsur fitnah untuk mendapat penjelasan berhubung isu Tabung Haji (TH) sebaliknya boleh datang berjumpa di pejabat, kata Datuk Seri Mujahid Yusof.

Menteri Agama itu berkata, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki begitu konsisten terhadap isu TH seperti yang ditimbulkan pada bulan Mac mengenaui isu kuota haji.

Semalam, Asyraf menggesa Mujahid membuat penjelasan berhubung penjualan aset strategik TH bernilai RM2.6 bilion.

Kata Asyraf, jumlah itu termasuk keseluruhan pegangan saham TH dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bernilai RM1.8 bilion.

“Nak minta penjelasan, kalau nak mita penjelasan tak payahlah buat penjelasan dalam surat khabar, marilah jumpa saya. Dia pun pernah duduk dalam pejabat itu dulu, takkanlah lupa sudah tempat saya duduk sekarang. Mari tanya, betul atau tidak.

“Sebab saya tengok ketua pemuda ini memang konsisten terhadap TH. Sebelum ini, pada bulan Mac lalu dia timbulkan isu kuota haji kononnya kerana hubungan dingin Arab Saudi dengan Malaysia, maka kita tidak dapat kuota tambahan.

“Saya sudah jawab, perkara itu tidak ada kena mengena dengan hubungan, ia adalah hak kerajaan Arab Saudi untuk memberi atau tidak.

“Pada Mei pula dia menimbulkkan isu kononnya TH dikuasai oleh Cina dan kita sudah jawab. Dan hari ini, dia datang pula dengan isu RM2.6 bilion. Saya tak tahu apa sebenarnya hasrat dia menimbulkan persepsi ini dan saya mengibaratkan dia seperti lebai malang, dia marah nyamuk, dia bakar satu kelambu,” kata Mujahid.

Mujahid juga memberi tempoh seminggu kepada Asyraf untuk memohon maaf secara terbuka kepada TH.

Beliau juga menggesa Asyraf untuk menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap TH yang telah mengeluarkan kenyataan balas menafikan tuduhan berkenaan.

“Saya bagi tempoh seminggu dari hari ini, jika tidak saya akan memikirkan tindakan undang-undang, sebab beliau sudah melampau membuat tuduhan.

“Saya mahu dia minta maaf secara terbuka,” katanya. – 1 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.