PAS terus menunjukkan parti mereka sebagai parti berjiwa besar apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju hadir ke Kongres Maruah Melayu yang akan berlangsung pada 6 Oktober ini.

Keputusan itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyatan hari ini.

“PAS telah menerima jemputan daripada pihak penganjur untuk menghadiri Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober 2019.

“Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat mengambil ketetapan bersetuju untuk Presiden PAS menghadiri Kongres tersebut sebagai tanda jiwa besar PAS bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional dalam negara ini,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhali Shaari memberi jawapan ringkas ketika dihubungi NTHQiBord.

“Insya-Allah PAS akan hadir. Menyahut seruan pengukuhan politik umat Islam dan Melayu,” katanya.

\Kongres Maruah Melayu Tanah Aku akan berlangsung di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam dengan penglibatan ahli akademik dari empat universiti tempatan.

Universiti Malaya (UM) sebagai penganjur utama akan dibantu oleh Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Perguruan Sultan Idris.

Antara topik yang akan dibincangkan termasuk cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu pada zaman ini- NTHQiBord, 1 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.