KEHADIRAN PAS ke Kongres Maruah Melayu Tanah Aku membuktikan parti Islam itu boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan bangsa dan negara.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Khairul Yazman Yahya​ berkata, keputusan yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukan parti mereka berjiwa besar.

Jelasnya, persetujuan untuk hadir ke kongres itu juga menunjukkan PAS tidak hanya boleh bersatu dengan pembangkang seperti dilakukan dalam Himpunan Penyatuan Ummah.

“Keputusan Tuan Guru (Abdul Hadi) membuktikan PAS boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak.

“Asalkan demi penyatuan ummah, bangsa dan negara,” katanya kepada NTHQiBord.

Semalam, PAS mengesahkan akan hadir ke Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober ini di Stadium Malawati Shah Alam sebagai tanda betapa seriusnya parti itu mahu mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional dalam negara ini.

Parti itu akan diwakili sendiri oleh Abdul Hadi selepas PAS menerima jemputan daripada penganjur kongres tersebut.

Kongres itu dianjurkan secara bersama oleh empat universiti awam iaituUniversiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM). –  NTHQiBord, 2 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.