KEDUDUKAN Islam yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu kini semakin terhimpit susulan insiden doa Kristian dibacakan dalam satu majlis melibatkan pelajar sekolah, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau kesal dengan tindakan pihak yang melarang pelajar Islam membaca doa pada Majlis Hari Kecemerlangan di sekolah rendah di Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Inilah akibatnya apabila ultra kiasu memerintah. Apa erti kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan?

“Apakah bentuk tindakan yang perlu dikenakan kepada ultra kiasu yang tidak membenarkan bacaan doa cara Islam?” soalnya.

Ridhuan turut membidas tindakan beberapa individu yang hadir pada satu penyampaian anugerah di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang dan didakwa melarang pelajar Islam membaca doa mengikut agama Islam, sebaliknya dibaca mengikut agama Kristian.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas
terhadap pihak yang terlibat.

Setakat ini, polis setakat ini telah memanggil lima individu untuk diambil keterangan.

Mengulas lanjut, Dr Ridhuan Tee kecewa apabila Islam dan Melayu tidak lagi mengakar di bumi sendiri apabila ultra kiasu bermaharajalela.

“Jika kita simpan buku Abu Bakar Bashir atau Osama Laden, kita akan didakwa, dikaitkan dengan pengganas, walaupun belum tentu dengan baca buku tersebut kita jadi pengganas.

“Tapi malangnya, ultra kiasu yang telah terbukti terlibat dengan LTTE dan komunis, malah mengaku lagi, tidak dikenakan apa-apa tindakan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, tindakan tegas juga harus dikenakan kepada mereka yang terbukti pengganas.

“Sudah sampai masanya kita bertegas. Jangan biarkan ultra kiasu bermaharajalela,” katanya. – 2 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.