PAS sudah menyatakan persetujuan untuk hadir Kongres Maruah Melayu Tanah Aku pada 6 Oktober ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Presidenya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka hadir pada hari bersejarah itu yang akan menghimpunkan tokoh dan pemimpin Melayu di bawah satu bumbung.

Tidak lupa juga barisan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang dijemput ke kongres anjura bersama empat universiti tempatan iaitu Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Pergurusan Sultan Idris.

Komuniti Anak-Anak Darul Iman Malaysia (KADIM) juga mengesahkan kehadiran mereka ke kongres itu.

Presidennya, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad dalam satu kenyataan di Facebook menyuarakan keterujaannya untuk hadir ke kongres tersebut.

“Dikhabarkan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi akan turut hadir dalam Kongres Maruah Melayu.

“Demi ummah, dua Presiden Parti Melayu Islam terbesar ini akan hadir demi agama, bangsa dan negara bersama-sama Tun Dr. Mahathir yang bakal menyampaikan amanat.

“Kongres ini bakal mencipta sejarahnya tersendiri dan saya tidak mahu melepaskan peluang untuk bersamanya.

“InshaaAllah Saya Akan Hadir. Terima kasih atas jemputan ini,” tulisnya. – 2 Oktober 2019.

1 COMMENT

  1. MARUAH MELAYU HANYA AKAN PULIH JIKA DIBAWAH SATU PAYUNG(DIRAJA)…!!!
    BUKAN SEPERTI SEKARANG DENGAN UMNO,PAS,PPBM,PAN,PKR.
    PURATA KEKUASAAN MELAYU HANYA TINGGAL 1/5 ATAU MAKSIMUM 20% SAHAJA.
    PURATA KEKUASAAN CINA 50%
    PURATA KEKUASAAN INDIA 50%
    JIKA CINA DAN INDIA BERGABUNG
    SELAMAT MALAM BANGSAKU
    AKAN MENJADI MELAYU YG LAYU DISALAI BAK DAUN PISANG.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.