KEHADIRAN PAS dan UMNO ke Kongres Maruah Melayu menunjukkan keikhlasan kedua-dua parti itu dalam menyatukan Islam, kata Ir Khairil Nizam Khiruddin.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) itu berkata, kehadiran PAS ke kongres itu tidak akan menjejaskan kerjasama dengan UMNO kerana piagam yang dimeterai pada 14 September lalu adalah taawun siyasi antara dua parti terbesar Melayu.

“Mesejnya adalah perpaduan Melayu sebab penganjuran kongres ini adalah dengan kerjasama NGO Melayu bersama pihak universiti.

“Kita nak lebih banyak sokongan daripada Melayu sebab kita dah berpecah.

“Jadi tugas untuk dua parti Melayu ini cari seramai mungkin sokongan dari kalangan intelektual, NGO dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord.

Kita dimaklumkan UMMAH pun akan bersama so penganjurnya adalah NGO dan cendekiawan Melayu, so apa masalahnya?

Jadi tugas untuk dua parti Melayu ini cari seramai mungkin sokongan dari kalangan intelektual, NGO dan sebagainya.

Khairil juga harap kongres ini dapat menambahkan lagi sokongan kepada Muafakat Nasional.

Jelasnya Kongres ini tidak memberi ancaman kepada Muafakat Nasional sebab ia adalah penganjuran di segmen berbeza kerana melibatkan golongan intelektual.

“Kita mahu rakyat nampak keikhlasan PAS dan UMNO dalam menyatukan orang Islam khususnya dalam memperjuangkan Islam melalui kerangka Perlembagaan,” katanya.

Kongres Maruah Melayu akan berlangsung pada 6 Oktober ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.