ISU beberapa individu bersikap biadap tidak menghormati lagu kebangsaan dikaitkan dengan gerakan kumpulan pemisah di Sarawak.

Menurut pendedahan pengendali Facebook Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari Di Malaysia, tindakan kumpulan itu adalah disengajakan dan mereka menganggap lagu Negaraku bukan lagu kebangsaan bagi kumpulan mereka.

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan beberapa individu duduk berbual ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah majlis dipercayai di Sarawak.

Menurut Kajian Ancaman Pengganas & Misionari Di Malaysia, video itu dimuatnaik oleh individu bernama Shaow Tung Leong yang merupakan aktivis Sarawak for Sarawakian (S4S).

“Kempen SAREXIT adalah kempen yang dilakukan oleh kumpulan pemisah ini agar Sarawak keluar dari Malaysia.

“Tindakan kumpulan ini agak membimbangkan kerana boleh mencetuskan sikap prejudis dan tuduhan yang boleh menyebabkan berlaku ketegangan.

“Sikap golongan pemisah ini sinonim akan bertindak di luar batasan jika tidak ditangani dengan baik.

“Kita berharap pihak berkuasa dan PDRM dapat meredakan situasi ini agar tidak melarat dan menjadi lebih parah,” kata pengendali laman Facebook itu. – 2 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.