SATU lagi pendedahan dibongkar oleh pengendali laman Facebook Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari Di Malaysia tentang penyokong LTTE di Malaysia.

Kali ini pengendali laman Facebook itu mendedahkan hubungkait antara individu bernama Kalai Mugilan ini dengan LTTE.

Menurutnya, Kalai merupakan antara penggerak yang aktif menghidupkan kempen menyokong pengganas LTTE di Malaysia.

Malah dakwanya, Kalai memiliki kerjasama yang rapat dengan P.Ramasamy yang merupakan ahli penasihat TGTE (serpihan LTTE).

“Kalai Mugilan pernah mengatakan LTTE dan perjuangan mereka dia Malaysia adalah untuk membela kaum tertindas.

“Jika benar itu prinsip perjuangan mereka mengapa harus keluarkan kenyataan seperti budak kecil yang merajuk dengan mengatakan akan menyebelahi Israel yang terang-terang merampas tanah negara Palestin?

“Dan kami orang Islam di Malaysia juga tidak bersetuju dengan kezaliman kerajaan Sri Lanka terhadap golongan minoriti termasuk umat Islam ditindas di sana. Cuma bukan dengan cara menyokong pengganas LTTE.

“Malah pengganas LTTE juga terlibat dalam beberapa kes menyebabkan kematian umat Islam dan orang awam di Sri Lanka. Jika kamu sebagai minoriti pun sudah memerangi umat Islam yang juga minoriti di sana, bayangkan jika kamu sudah memegang kuasa.

“Jelas, kayu ukur dan prinsip perjuangan penyokong LTTE di Malaysia ini sangat rapuh dan berbahaya. Jika kamu ingin sokong Israel sekali pun itu tidak pelik bagi kami kerana kamu telah sekian lama menyokong pengganas LTTE.

“Jika suatu hari nanti kamu menyokong kumpulan pengganas lain pun itu tidak memeranjatkan kami.

“Di dalam kenyataan ini Kalai Mugilan jelas mengatakan dia penyokong LTTE.

“Pihak #PDRM, rakyat sedang menanti tindakan pihak anda,” kata pengendali Facebook itu.

Dalam satu hantaran lain, Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari Di Malaysia turut berkongsikan video sikap biadap dan ganas penyokong LTTE terhadap pihak polis. – 2 Oktober 2019.

9 COMMENTS

  1. Harap pelampau2 Hindu LTTE dpt dilumpuhkan,krn merbahaya kpd negara kita..mrk sudah berani menunjukkan taring mrk dibumi Malaysia, pemimpin atasan mrk terutama ahli politik DAP kaum India patut disiasat penglibatan mrk dlm LTTE dimalaysia..

  2. Kalau sudah jelas menyokong ltte, maknanya negara ini tidak layak lagi bagi pengkhianat.Tarik balik kewarganegaraannya.Halau pengkhianat ke Sri Lanka/India atau ke Israel.Negara itu layak untuk dia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.