SIKAP biadab DAP terhadap Islam menjadi faktor utama tercetusnya kempen Utamakan Produk Muslim Bumiputera (BMBF), kata AJK PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Mengapa galakan biasa ‘beli barangan Muslim first’ tiba-tiba bertukar menjadi satu kempen besar-besaran hari ini sehingga dianggap oleh PH-DAP sebagai boikot barangan bukan Islam?

“Saya yakin 100 peratus bahawa antara faktor utama terjadinya kempen ini adalah kerana sikap biadab DAP terhadap Islam dan umat Islam.

“Dah kamu jual, apasal marah orang nak beli? Jual mahal pun, dah ada orang yang sanggup bayar, awat marah pulak?” katanya menerusi laman Facebook.

Begitupun, beliau menolak boikot kerana memboikot barangan yang halal akan merumitkan kehidupan.

Ahli Parlimen Bachok itu menyokong kempen membeli barangan Malaysia.

“Saya sokong kempen beli makanan dan barangan muslim. Saya sokong kempen keluarga saya membeli di kedai sesama keluarga saya juga.

“Saya tak akan marah orang Cina kempen beli di kedai sesama mereka. Itu hak mereka, tak salah dan dah lama pun mereka buat,” ujarnya. – 3 Oktober 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.