GAGASAN Tiga (G3), sebuah gabungan 56 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memutuskan untuk hadir ke Stadium Malawati, jam 8 pagi Ahad ini bagi melibatkan diri dalam himpunan Kongres Maruah Melayu.

Kehadiran semua pucuk pimpinan G3 adalah atas asas penyatuan umat Melayu demi kepentingan bangsa, agama dan mempertahan Perlembagaan negara.

Keputusan untuk hadir pada kongres itu dibuat sebulat suara oleh semua pimpinan setelah mengambil kira pendirian G3 untuk bersama-sama dengan mana-mana pihak demi agenda ekonomi, pendidikan, agama, budaya dan politik masyarakat Melayu di negara ini.

Justeru, dengan kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada kongress tersebut, G3 menetapkan sasaran agar agenda pemerkasaan Melayu pada kongres kali ini menumpukan kepada;

1. Peluasan kempen bagi menyokong kempen utamakan produk Islam atau buy muslim first (BMF).

2. Kewujudan sekolah satu aliran bagi menggantikan SJKC, SJKT ke arah mengeratkan perpaduan antara kaum di negara ini.

3. Menghukum sekeras-kerasnya mereka yang menghina agama terutama agama Islam yang menjadikan agama rasmi di negara ini.

4. Mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa yang boleh digunapakai dalam majlis-majlis rasmi melibatkan kerajaan sejajar dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara ini.

5. Memperbanyakkan suara dan memperkasakan peranan ahli-ahli Parlimen berbangsa Melayu, Islam dalam kerajaan selain jawatan penting seperti peguam negara diisi oleh pemimpin Melayu.

Dengan kehadiran Tun Dr Mahathir, Presiden PAS, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin kanan UMNO pada kongres kali ini, G3 melihat ia sebagai keupayaan kepada penyatuan Melayu yang boleh diharapkan untuk membawa 5 agenda di atas.

Justeru, kami turut mengesa semua NGO Melayu yang lain untuk turut serta pada kongres Ahad ini atas nama kesatuan dan penyatuan bangsa bagi menghantar mesej yang jelas kepada kongres dan Tun Dr Mahathir untuk terus membela Melayu dan Islam di negara ini.

Ayuh, kita semarakkan apa jua ruang dan peluang demi kepentingan bangsa, agama dan negara agar Malaysia kembali makmur dan dapat diselamatkan dari bangsa DAP. – 3 Oktober 2019.

AMRAN AHMAD NOR,
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3)

 

3 COMMENTS

  1. Yang kita sibuk-sibuk ni mengapa?

    Ada mengatakan bahawa Kongres Maruah Melayu ini bukan soal politik atau parti. Mana mereka tahu? Adakah mereka sudah tahu pengisian kongres tersebut? Kalau tidak tahu mengapa mengatakan ia bukan soal politik atau parti? Adakah anda tidak tahu bahawa kongres ini didalangi oleh sebuah parti politik yang telah menghina maruah orang Melayu dan sekarang ingin mengambalikan populariti beliau yang sudah terhakis dikalangan orang Melayu. Propaganda mengatakan ia dianjurkan oleh beberapa Institute pengajaian tinggi adalah merupakan satu penyamaran untuk berbohong kepada orang Melayu. Hakikatnya semua IPTA telah diarah oleh parti politik berkenaan yang sedang berkuasa sekarang. Mampukah semua IPTA berkenaan mengingkarinya?

    Ada juga yang mengatakan kongres ini penting, tepat pada masanya. Ya, memang kongres ini penting bagi pemimpin utama parti berkenaan untuk sekali lagi memecah belahkan orang Melayu dan tepat pada masanya untuk memecah belahkan Mufakat Nasional yang baru dimetreai.

    Oleh itu kami menyeru agar orang Melayu jangan sekali lagi diperdaya. Cuku-cukuplah selama ini kita diperdaya oleh pemimpin Melayu yang sama.

  2. Hidup BANGSA MELAYU ISLAM .. Tanah Melayu Islam….. Bahasa Melayu Islam….. Daulat Tuanku … TAKBIR TAKBIR TAKBIR… Allahuakhbar!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.