KONGRES Maruah Melayu Tanah Aku bukan soal kepartian atau politik, tetapi satu bentuk perbincangan serius mengenai masa depan orang Melayu, kata PAS Johor.

Pesuruhjayanya, Abdullah Hussin berkata, kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke kongres anjuran universiti tempatan itu bukannya atas dasar politik semata-matanya.

Bagi beliau, kehadiran Abdul Hadi merupakan satu kebaikan masa depan orang Melayu yang wajar disokong dan menyokong keputusan pucuk pimpinan tertinggi paeti.

“Saya sendiri pun dijemput hadir dan Insya-Allah saya akan cuba hadir.

“Menerusi kongres ini, kita mahu lihat situasi semasa yang menimpa orang Melayu, begitu juga masa depan bangsa kita.

“Kita perlu berfikiran terbuka untuk melihat perbincangan dalam kongres itu yang ada kaitan dengan kepentingan Islam-Melayu,” katanya kepada NTHQiBord.

Soal kehadiran Tun Mahathir Mohamad ke kongres itu juga bukan isu yang besar, kata Abdullah.

Jelasnya, PAS tidak memikirkan soal kehadiran Tun Mahathir yang merupakan Perdana Menteri dan Pengerusi BERSATU.

“Mungkin ada pro dan con daripada kongres itu tetapi kita perlu muhasabah diri,” katanya. – NTHQiBord, 3 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.