PENGANJURAN Kongres Maruah Melayu Tanah Aku amat penting dan tepat pada masanya dengan situasi yang berlaku pada hari ini dalam negara, kata PAS Pahang.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, kongres itu bersesuaian dengan perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan dan Melayu di Malaysia adalah penganut Islam.

“PAS Pahang menyokong penuh kehadiran Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang seabgai Presiden PAS ke kongres tersebut.

“Kongres ini merupakan buang bagi membuktikan bahawa PAS serius dalam membela agama, bangsa dan negara,” katanya kepada NTHQiBord.

Kongres Maruah Melayu akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 6 Oktober ini dan pucuk pimpinan PAS dijemput untuk menghadiri detik bersejarah itu.

Abdul Hadi bersetuju untuk hadir ke kongres itu dengan mengenepikan perbezaan politik walaupun Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad dijangka memberi amanat pada kongres itu.

Kongres itu pada dasarnya melibatkan perbincangan akademik dari wakil empat universiti awam iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Antara topik utama yang akan dibincangkan melibatkan lima bidang utama iaitu persoalan politik, ekonomi, pendidikan serta kebudayaan dan agama. – NTHQiBord, 3 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.