KEPUTUSAN ‘menyimpan’ Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, P Waythamoorthy adalah satu langkah yang sangat terkebelakang, kata ISMA.

Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, Waythamoorthy bukan sahaja gagal dalam menangani kes rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya, tahun lalu, malah beliau turut pernah mengetuai rusuhan besar-besaran pada tahun 2007.

Oleh itu kata Aminuddin, adalah sangat tidak wajar seseorang yang terbabit membakar emosi perkauman sehingga meragut nyawa anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dikekalkan sebagai menteri, lebih malang lagi, sebagai Menteri Perpaduan.

“Ketika itu, beliau adalah Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) yang juga penganjur rusuhan.

“Beliau juga telah menjaja fitnah terhadap negara kepada negara-negara luar dengan fitnah perkauman.

“Ini membuktikan kepada kita bahawa kesetiaannya terhadap negara adalah sangat dipertikaikan.

“Malah, lebih 300 ribu rakyat tandatangani petisyen dalam talian mendesak agar Waythamoorthy dilucutkan jawatan.

Ini gelombang rakyat mahu beliau dipecat. Saya sangat kecewa dengan pendirian Tun ini dan berharap agar beliau mempertimbangkan keputusannya ini,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata, tiada keperluan untuk menilai semula kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy dan kedudukannya sebagai menteri dalam barisan Kabinet kekal.

“Saya tak nampak ada masalah, jadi saya masih boleh simpan dia sebagai menteri,” katanya. – 4 Oktober 2019.

2 COMMENTS

  1. Menteri tu tak tahu malu. hidup aman dalam negara Melayu, tak sedar diri itulah satya burok2kan negeri sendiri dimerata dunia

  2. Mahathir ni ego dia tinggi…sangat tinggi. Kalau dia pecat Tambi ni..bermakna dia mengaku yg dia dah silap pilih orang. Tun bukan jenis manusia yg mau mengaku kesilapanannya.
    Tun pilih Tambi ni sbb terpaksa dah tak ada pilihan.

    Kalau 22 thn dulu…jauh penggang dari api tambi ni nak dilantik jd menteri oleh Tun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.