LIM Kit Siang tidak perlu melenting atau mempertikaikan penganjuran Kongres Maruah Melayu oleh universiti awam tempatan (IPTA).

Penasihat DAP ini jangan cuba juga menabur api kebencian terhadap usaha orang Melayu memperkasakan bangsa sendiri.

Kit Siang juga tidak perlu cuba mengaitkan etnik atau kaum lain dengan kongres ini dan meletakkan kesalahan ke atas bahu IPTA yang terlibat.

IPTA ini tidak perlu rasa bersalah atau takut dengan ugutan atau permainan rasis Kit Siang ini.

Apakah menjadi dosa besar empat universiti awam yang majoritinya orang Melayu mahu membincangkan nasib bangsa sendiri?

Kenyataan Kit Siang hari ini tidak ubah seperti mahu menghina usaha golongan intelektual Melayu yang sayangkan dan cintakan bangsa mereka sendiri.

Kit Siang juga seperti mahu menyekat idea dan sumbangan golongan akademik dan profesional Melayu kepada orang Melayu sendiri yang kini merasa tidak selamat di bawah pemerintahan DAP.

Lihat sahaja usaha-usaha Bangsa DAP mahu menggugat kedudukan orang Melayu seperti ratifikasi ICERD, Statut Rom, iktiraf sijil UEC dan penguasaan mereka dalam GLC yang selama ini dikuasai orang Melayu.

Jadi apabila golongan profesional dan cerdik pandai Melayu berhimpun untuk kepentingan dan kemandirian bangsa sendiri tanpa mengusik hak kaum lain, kenapa perlu Kit Siang menyalak macam anjing tersepit?

Sudah terang lagi bersuluh kongres ini membincangkan lima perkara penting iaitu hal ekonomi, agama, pendidikan, politik dan kebudayaan.

Bercakap mengenai soal Perlembagaan dan Rukunegara, patutnya Kit Siang mencermin diri sendiri kerana cuba menuduh kongres itu melanggar dua prinsip tersebut.

Mana suara Kit Siang ketika kaumnya sendiri melanggar Perlembagaan dan Rukunegara seperti penghinaan terhadap penjawat awam, penghinaan terhadap Jalur Gemilang dan penghinaan terhadap lagu Negaraku?

Jika betul mahu berlandaskan Perlembagaan, kenapa Kit Siang masih mempertahankan sekolah vernakular yang terang-terangan melanggar asas negara ini.

Jadi Kit Siang tidak perlu hipokrit dan mahu menjadi hero menentang kongres ini untuk kaum lain. Ingat, ini adalah Tanah Melayu yang majoritinya berbangsa Melayu.

Kami tidak perlu mendengar salakan pemimpin rasis seperti Kit Siang yang cuba mempertikaikan usaha orang Melayu yang mahu membela nasib bangsa sendiri.

Atau apakah Kit Siang sudah gentar dengan kongres ini yang berjaya menyatukan semua orang Melayu tanpa mengira parti dan ideologi, seterusnya merasakan kedudukan Bangsa DAP tergugat?

Persoalan saya untuk pemimpin DAP seumur hidup ini, kenapa perlu takut Bangsa Melayu bersatu?

Kenyataannya hari ini sudah jelas membuktikan DAP tidak mahu Melayu bersatu.

Inilah sikap sebenar DAP yang selama ini menghalang penyatuan Melayu serta menjadi batu api memecahbelahkan orang Melayu.

Semua pemimpin Melayu serta NGO Melayu perlu sedar dan lihat sendiri apa yang cuba dilakukan Kit Siang.

Atas sebab inilah, saya sendiri akan hadir ke kongres ini demi memastikan apa yang dibimbangi Kit Siang menjadi kenyataan, iaitu penyatuan Bangsa Melayu! – 4 Oktober 2019.

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH,
Presiden Jaringan Melayu Malaysia.

3 COMMENTS

  1. Kongeres masih tidak berani meletakkan Islam yang pertama, ertinya faham sekular masih lagi menebal aku memang tak ngerti dan bukannya profesional tapi secara setimen aku berani kata kongres masih tak layak lagi untuk aku meletakkan harapan, mula-mula aku baca dulu tentang kongres ni mereka letak Islam dihujung sekali sama macam dalam manifesto UMNO dulu kemudian didapati nombor dua pulak seolah-olah bila melayu terbela makanya islam pong turut terbela……….. kita tunggu dan lihatlah dulu weh.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.