UMNO dan PAS perlu memberi laluan kepada BERJASA untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai demi mencerminkan perjuangan yang dilaungkan dalam gabungan Gagasan Sejahtera dan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Aliff Tafid.

Yang Dipertua Pencegahan Jenayah Kebangsaan itu berkata, BERJASA merupakan salah satu parti politik yang bersama-sama dalam Muafakat Nasional di bawah Gagasan Sejahtera yang diketuai PAS.

Oleh itu katanya, pucuk pimpinan Muafakat Nasional terutamanya PAS perlu memberi peluang kepada parti komponen itu bertanding di Tanjung Piai.

“Selepas PRU14, beberapa PRK telah diadakan di Sungai Kandi, Balakong, Cameron Highland, Semenyih, Rantau dan Seri Setia yang hanya meletakkan calon dari UMNO, MCA dan PAS.

“Memang diakui sebelum ini BERJASA bertanding di Tanjung Piai pada PRU14 atas nama gagasan sejahtera kalah dan merangkumi 2000 lebih undian sahaja berbanding MCA dan PPBM.

‘Tetapi apabila selepas menandatangani Piagam Penyatuan Ummah, UMNO wajib menerima kewujudan rakan politik dalam komponen Gagasan Sejahtera iaitu IKATAN dan BERJASA.

“Jadi, PRK Tanjung Piai adalah penentuan bagi mencerminkan sikap sebenar dan integriti UMNO terhadap PAS dan Komponen Gagasan Sejahtera yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Aliff berkata, sama seperti UMNO, PAS juga perlu menerima kewujudan MIC dan MCA serta Parti Cinta Malaysia (PCM).

Atas semangat muafakat ini, beliau berkata, UMNO, MIC, MCA, IKATAN, PCM wajib membantu BERJASA bagi memenangi PRK Tanjung Piai, sekiranya diberi peluang untuk bertanding.

“UMNO dan MCA tidak wajar bertegang urat dengan menuding jari siapa yang perlu untuk bertanding di Tanjong Piai.

“Sebaliknya dua parti itu perlu memikirkan sahabat lain yang ada dalam Muafakat Nasional,” katanya. – NTHQiBord, 4 Oktober 2019.

2 COMMENTS

  1. Jgn beri pd party katak ini . Party katak ini ada org nk undi ke…nmpk sgt party katak ini nk mmenangkn ph…party katak xpayah nk btanding……. Bg umno umn pas sj…party katak jgn prasan…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.