Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

HAMPIR kesemua pemimpin parti politik, NGO dan golongan akademik dijemput ke Kongres Maruah Melayu Tanah Aku yang akan berlangsung esok.

Tapi peliknya, bakal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dijemput ke kongres itu.

Presiden PKR itu mengakui tidak menerima undangan daripada pihak penganjur yang merupakan pihak universiti tempatan.

Beliau sebaliknya memberi amaran agar kongres itu tidak menaikkan suhu politik dan ketegangan kaum.

Perkembangan ini menunjukkan ideologi Anwar tidak lagi diterima rakyat dan bakal mengecewakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Golongan akademik mungkin sudah sedar dengan sikap bermuka-muka Anwar dalam memperjuangkan nasib orang Melayu kerana beliau dilihat lebih mesra kepada DAP.

Malah penganjur kongres ini juga mungkin tidak yakin bahawa Anwar mampu memartabatkan Melayu dan Islam kerana beliau pernah menyokong ideologi liberalisme.

Anwar patut sedar bahawa beliau tidak lagi popular dalam kalangan Melayu Islam apabila tidak dijemput ke kongres yang menghimpunkan ramai pemimpin Melayu termasuk dari kalangan pembangkang.

Antara pemimpin politik yang hadir termasuk Tun Mahathir Mohamad sendiri yang akan menyampaikan amanat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan wakil dari UMNO.

Kongres Maruah Melayu Tanah Aku akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam bermula 8 pagi esok. – 5 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.