KONGRES Maruah Melayu bukan satu persaingan kepada penyatuan ummah, kata pemimpin PAS.

Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata, kongres itu sebaliknya akan melengkapi agenda Penyatuan Ummah.

Jelasnya, kongres itu dianjurkan oleh para cendakiawan Melayu yang menyedari kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah satu ancaman kepada kepentingan orang Melayu.

“Ini menunjukkan PH (pemimpin Melayu) tidak mempunyai kekuatan untuk bercakap tentang kepentingan Melayu di dalam PH.

“Mereka terpaksa menumpang platform di luar untuk menyuarakan kepentingan orang Melayu,” katanya kepada NTHQiBord.

Seorang lagi pemimpin PAS, Datuk Ahmad Yunus Hairi berkata, sudah tiba masanya orang Melayu bersatu bagi menghadapi cabaran DAP.

Jelasnya, cabaran politik DAP terlalu jelas kepada orang Melayu dan Islam pada hari ini.

“Mereka (DAP) menyatukan orang Cina atas nama politik tidak disebut rasis.

“Kenapa kita bersatu atas nama Melayu sangat takut disebut rasis.

“Maka orang Melayu dan perlu bangkit,” katanya. – NTHQiBord, 5 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.