KONGRES Maruah Melayu disifatkan sebagai satu peringatan kepada semua pihak agar berhenti daripada memburukkan orang Melayu.

Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah Melayu, Prof Emiritus Datuk Dr Zainal Kling menegaskan, sekiranya tindakan itu terus berleluasa, ia dikhuatiri akan mencetuskan ledakan kemarahan dalam kalangan orang Melayu.

“Kita harus berterima kasih kepada nilai-nilai Melayu yang berbudi bahasa, berbudi bicara pekerti ini supaya menerima hal ini dengan amat terbuka dan bersabar cukup lama sehingga mereka belum lagi meledak.

“Kalau mereka meledak barangkali akan mendatangkan keburukan dalam semua keadaan.

“Betul kongres ini sebagai peringatan dan kongkongan supaya kita tidak mengeksploitasi keadaan ini.

“Mentang-mentang orang Melayu itu sabar, baik hati, maka kenapa mesti kita memburuk-burukkannya,” katanya.

Zainal berkata, sekiranya pihak berkuasa tidak melakukan sesuatu terhadap perbuatan menghina, memperlekeh dan menindas orang Melayu secara terbuka, ia dibimbangi ledakan kemarahan itu merebak.

“Itu adalah satu perkara yang amat dahsyat kalau nak difikirkan kerana lama kelamaan kita akan terdesak.

“Apabila kita terlampau terdesak, maka akan muncul ledakan walaupun kecil, ia akan merebak. Inilah implikasi yang harus disedari betul-betul oleh semua pihak,” katanya lagi. – 5 Oktober 2019.

3 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.