ADAKAH akan terdapat versi 2.0 lagu ‘ABCDGST’ nyanyian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kini Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, soal Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menimbulkan persoalan demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedia memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika itu yang menjadi kehendak rakyat.

GST dimansuhkan oleh PH selepas menjadi kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu dan digantikan dengan sistem cukai regresif, cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

GST didakwa sebagai punca kos sara hidup meningkat justeru dieksploitasikan sebagai isu kempen utama menkielang PRU-14 tetapi  menurut rakyat, walaupun sistem cukai itu dimansuhkan kos sara hidup dan kehidupan mereka tidak berubah.

Lagu ‘ABCDGST’ dipopularkan oleh Guan Eng penuh dengan sindiran dan kecaman terhadap GST.

Dr Wee dalam Facebooknya turut melampirkan video kompilasi nyanyian Guan Eng dan Teo Nie Ching, yang turut dilampirkan keratan akhbar dalam bahasa Cina.

Soal Dr Wee lagi, sekiranya GST diperkenalkan semula, adakah ia bermakna pemimpin PH mengakui bahawa kenyataan-kenyataan mereka semasa kempen PRU-14 dulu satu penipuan.

“Jika ya, bersediakah pemimpin PH membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Dr Wee pernah mencadangkan supaya Kerajaan PH  mengurangkan kadar GST kepada tiga peratus.

“Kenapa ketika itu PH tidak mahu menerimanya malah Guan Eng menolak dengan begitu angkuh sekali?” soal beliau. – 6 Oktober 2019.

1 COMMENT

  1. Dasar manusia angkuh dan sombong. Tak mengaku yg GST tu cukai terbaik yg kebanyakan negara lain pakai. “Akan digunapakai semula jika itu yg rakyat mahukan” ….padahal kau orang yg dulu tipu rakyat kata GST tu tak bagus. Skrg jilat lah ludah sendiri.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.