WAHAI DAP, jangan kamu meroyan atau mungkin rindu untuk berguling-guling atas jalan raya apabila Malaysia akan bebas daripada SJKC, SJKT atas asas memupuk perpaduan berbilang kaum Malaysia dalam masa 7 tahun lagi.

Wahai Lim Kit Siang, jangan kamu melatah kerana jika kamu persoalkan resolusi ini, maknanya kamu tidak lagi layak bercakap soal perpaduan kerana ternyata, kajian akademik menunjukkan SJKC, SJKT tidak menyumbang kepada perpaduan antara kaum.

Wahai Lim Guan Eng, jangan kamu bercakap lagi kononnya perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ kerana kalau kamu bantah penutupan SJKC, kamu sebenarnya mahu wujudkan ‘Chinese Malaysian’ kerana semua tahu kamu beri bantuan jutaan ringgit pada SJKC.

Wahai Liew Chin Tong dan ‘kawan baik’nya Tony Pua, kamu jangan bantah usaha menutup SJKC kerana kamu tahu ia baik untuk negara tetapi kamu terpaksa pura-pura sokong SJKC kerana mahu menjaga hati pengundi Cina semata-mata. Untuk sekali sahaja, fikirkanlah untuk masa depan negara dan tidak sekadar kepentingan politik.

Wahai Kulasegaran, jangan kamu bantah suara-suara keramat Melayu mahu tutup SJKT kerana saya rasa kamu sudah sedar Melayu tuan tanah, bukan pendatang di tanah berdaulat ini dan ramai pelajar India di sekolah kebangsaan, MRSM yang sudah berjaya dalam pelajaran.

Wahai YB-YB Melayu dalam DAP, sila nyatakan sokongan kamu dalam usaha tutup SJKC, SJKT ini bagi membuktikan kamu semua bukan sekadar ‘pasu bunga’ dalam parti rasis bernama DAP, buktikan kamu bukan sekadar boneka untuk tunjuk DAP berbilang bangsa.

Cukup-cukuplah DAP, jujurlah walau hanya sekali demi masa depan Malaysia walaupun perit dan derita raykat ditipu dalam manifesto PH – tak mansuh tol, tak mansuh PTPTN, nilai ringgit yang merudum, hutang negara yang makin naik – masih dirasai oleh semua yang mengundi kamu pada PRU14. – 7 Oktober 2019.

AMRAN AHMAD NOR,
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.