MUNGKIN kecewa tidak dijemput, Menteri AMANAH, Khalid Samad mengecam Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di kawasannya sendiri semalam.

Dalam satu hantaran di Twitter, Khalid mengkritik kongres itu sebagai berfikiran sempit dan ketinggalan zaman.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menyifatkan kongres itu dicemari fahaman politik pelampau dan berhaluan kanan.

“Maruah Melayu dicemari oleh Melayu sendiri. Pemikiran sempit dan ketinggalan zaman. Politik pelampau haluan kanan.

“Dunia milik Allah dan Allah kecam sikap assobiyyah sambil menuntut sikap beramanah. Tolak penyelesaian macai perompak dan perasuah,” tulisnya.

Bagaimanapun, cubaan Khalid menjadi hero Melayu dalam Twitter tidak seperti diinginkan apabila beliau sendiri dikecam oleh pengguna media sosial itu.

“Wahai si murai batu @KhalidSamad dungu.. yg tdk bermaruah adalah anda dan semua pemimpin Amanah yg terus menjadi bangsat menjilat @dapmalaysia demi kekayaan dunia dan masih tdk bertaubat dari terus menabur fitnah dan mensakau wang rakyat. IDIOT!!!,” kata AyahandaMD.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga diperli kerana gagal mengotakan janji untuk menutup kilang arak di Selangor walaupun sudah bergelar kerajaan.

“Alah ko ni…ko p setel janji munafik ko tu nk p tutup kilang carlsberg..lpstu baru sembang pasal hal lain..dr awl ko tu munafik..n then ttbe nk jd broker kg baru..menipu 1 msia..bagi fact n figure kt sini dulu…setakat sembang yahudi kata 90% setuju baik tak payah,” kata Jue.

Selain itu ada netizen menggelar Khalid sebagai broker kerana peranannya dalam isu penjualan tanah Kampung Baru.

“Pemikiran luas dan mengikut peredaran zaman tu maksudnya kena jadi broker tanah Kg Baru ke?” soal Yusof Tashfin.

Kongres yang berlansung di Stadium Malawati Shah Alam semalam dihadiri oleh pemimpin politik termasuk kerajaan dan pembangkang.

Antaranya Tun Mahathir Mohamad (BERSATU), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS), Tan Sri Anwar Musa (UMNO) dan Mohamad Sabu (AMANAH).

Pemimpin NGO dan golongan akademik juga menghadiri kongres yang berlangsung selama sehari itu. – 7 Oktober 2019.

7 COMMENTS

  1. Macam biasalah, Monyet Tunggal belaan DAP ni terjerit2 macam kena belacan sebab takde sapa pun nak jemput dia. Hai, Lotong Shah Alam. Sendiri patut sedarlah. Kamu duduk dalam kandang DAP, diberi dedak lebihan oleh Cina2 tu. Hampir dua tahun jadi menteri habuk pun tak ada yang kamu buat. Cuba jadi broker tanah Kg Baru pun kantol. Hanya pengidap2 sakit Otak je yang percaya kat kaki penipu dan kaki borak kosong macam kamu.

  2. Betul khalib cakap.. Himpunan melayu bermaruah itu cuma strategi politik umno/pas aja utk menarik sokongan melayu kpd umno/pas..Mcm mna melayu umno/pas nak bermaruah jikalau pencuri penyamun duit rkyt masih lagi dlm parti itu..Yg curi duit Tabung haji, duit mara, duit lembu, 1mdb, 2.6 bilion & 90 juta bukan kah lagi masih dlm umno/pas..?..

    • Woi Temuai Gaat, ko ni mabok arak carlsberg ke mabok ketum. Siapa yg anjurkan Kongres Maruah Melayu tu kelmarin, adekah Pas/Umno. Kalau dah jenis penjilat punggung kafir ni, memsnglah kaki jilat. Tapi realitinya keberuntungan pada pehak Pas /Umno. Sebabnya pencacai atok tua tu asyik hina melayu je, dari mula menceceh hingga akhir tiada nsk naikkan maruah Melayu, tulah penganjur silap jemput atok tua tu. Baik bagi Tun Abdullah Badawi jadi Top speaker. Aku rasa lagi semangat Kongres tu.

      • Temuai gaat tu mmg jumud bodoh.. Hahaha.. Dia pun tak tau siapa yg anjurkan kongress. Main hentam je. Buta kayu bangang bodoh tak bertebing.

  3. Dah tak payah gaduh2 lg. Nak muntah aqu tengok gelagat Menteri sepenggal ni dan suku sakat dia. Pastikan Melayu bangkit BERMARUAH pilihanraya akan datang. Kasi ajar golongan yg kurang ajar.!!tu je nak pesan ya…..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.