SAYA hadir untuk mendengar sendiri amanat Tun Mahathir Mohamad dalam Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Tertutup Shah Alam pada hari ini (semalam).

Bagi saya, kongres ini telah gagal menaikkan semangat dan maruah orang-orang Melayu tatkala pemimpin-pemimpin Melayu tidak kira ideologi dan kecenderungan bersusah payah hadir untuk mengharapkan sesuatu yang positif dari kongres ini.

Malangnya, kami hanya datang untuk ‘menadah telinga’ mendengar ucapan Tun Mahathir yang hanya merendah-rendahkan bangsa Melayu.

Saya kesal kerana resolusi-resolusi yang diketengahkan pada kongres kali ini tidak diendahkan langsung oleh Tun.

Pihak universiti dan tokoh-tokoh akademik sudah bersusah payah melakukan pelbagai sesi meja bulat dan kajian dalam satu tempoh masa yang agak panjang.

Malangnya, semua ini adalah sia-sia dan seolah-olah tiada nilai kerana bukan sahaja Tun tiba lewat dan tidak mendengar resolusi-resolusi tersebut, tetapi dihina pula bangsa Melayu.

Tun Mahathir jelas sekali cuba merendah-rendahkan dan melemahkan semangat orang Melayu dengan retorik basi yang sebenarnya menconteng mukanya sendiri.

Sebenarnya, banyak perkara yang diungkit bagi menyalahkan bangsa Melayu sebenarnya disebabkan dirinya sendiri.

Kami yang hadir, malah yang tidak hadir juga mengharapkan kongres ini menjadi platform perpaduan Melayu yang lebih besar kerana pemimpin-pemimpin Melayu dari blok kerajaan turut hadir bersama.

Malangnya, semua ini hancur begitu sahaja.

Kesimpulannya, orang Melayu sekali lagi dipermain-mainkan. Malah, maruah bangsa Melayu semakin tercalar dan terhina. – 7 Oktober 2019.

Kongres ini telah GAGAL mencapai objektifnya.

AMINUDDIN YAHYA
Pengerusi UMMAH dan Presiden ISMA.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

4 COMMENTS

  1. Sebagai bangsa Melayu saya amat kesal dengan ucapan TM. saya fahamlah dia bukannya bangsa Melayu tulen. sebab itu dia berucap ikut hati dan dia mengambarkan diri dia sendiri.

  2. Sebenarnya melayu tidak dihina,tetapi oleh kerana perasaan benci anda terhadap tun m sgt tebal didalam hati anda,maka anda menyatakan “melayu dihina lg”,melayu mcm anda lah yg membuat melayu akan lemah,sepatutnya bila org kata melayu malas,kita tk perlu marah pada org tu,kita sepatutnya marah pada diri kita sendiri dan berusaha lebih keras lg,anggaplah teguran seseorang itu satu cabaran untuk kita berjaya.

  3. Selagi org Melayu dikuasai oleh penyaki Kuat Ego, Kuat Dengki n Banyak buruk sangka, serta ketadusan Iman,maka selama itulah Melayu sentisa berbalah sama sendiri. Kalau mMelayu mahu maju fikirlah baik2, Cakaplah baik2, Sangkalah baik2 n Doalah baik2, Jangan jadi pengacau n perosak sanna sini. Hidiplah mulia, Matilah mulia. Jangan banyak dengki n jangan jadi pembenci n pemfitnah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.