MENTERI DAP, Teresa Kok dilihat semakin terdesak untuk mendapatkan Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Puluh Ribu (RM130,000) dan permohonan maaf daripada Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Dato’ Azwanddin Hamzah berkaitan kes fitnah yang diselesaikan di luar mahkamah.

Kes saman fitnah itu melibatkan individu yang rapat dengan Teresa dalam syarikat One City.

Hari ini, Menteri Industri Utama dan Asas Tani itu bersungguh-sungguh mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi bagi memulakan prosiding terhadap Azwanddin yang ingkar untuk memohon maaf dan membayar tuntutan tersebut.

Langkah itu memperlihatkan Menteri DAP amat terdesak untuk menagih tuntutan RM130,000 dan permohonan maaf selain terus memberi tekanan kepada Azwanddin.

Memetik laporan berita daripada Free Malaysia Today, peguam SN Nair yang mewakili Teresa berkata, Azwanddin tidak memenuhi syarat penyelesaian bagi tindakan fitnah yang tidak diadili.

Sebelum ini Azwanddin diarahkan untuk membayar RM130,000 kepada Teresa selain membuat permohonan maaf secara terbuka.

Namun selepas 45 hari diberi masa untuk berbuat demikian, Azwanddin tidak membayar tuntutan atau memohon maaf kepada pemimpin DAP itu.

Pendengaran semula telah ditetapkan pada 21 Oktober dan Azwanddin kini boleh mengambil bahagian dalam prosiding tersebut, kata Nair. – 8 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.