MENTERI DAP, M Kulasegaran didakwa mengamalkan dasar perkauman apabila mengutamakan kaum India dalam kementeriannya.

Menurut laporan portal Sabahkini2, agensi kerajaan di bawah kementeriannya, Human Resource Developenmt Fund (HRDF) kini dimonopoli oleh kaum India manakala ramai staf Melayu dibuang.

Portal itu menyebut, Menteri Sumber Manusia itu mengamalkan dasar ‘Indian First’ (Dahulukan India) di kementeriannya.

Antara contoh dasar itu adalah pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu HDRF, Elanjelian Venugopal yang dibuat tanpa temuduga.

Malah rakannya, Poobalan Murugesa juga dilantik sebagai Pengurus Kanan tanpa melalui proses yang sewajarnya, kata portal itu.

Selain itu, Dhamodharan Munusamy, 64, yang merupakan Pengerusi Ipoh Hindu Devasthana Paripalana Association, dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO).

Sebelum ini jawatan itu disandang oleh Wan Mohd Nazarudin Wan Chik yang didakwa dipaksa berhenti 24 jam dengan ugutan siasatan dalaman.

“Staff kanan bukan India samada ditekan sehingga berhenti atau tidak disambung kontrak untuk beri laluan kepada kroni-kroni. Staff India walaupun terpalit isu rasuah dikekal.

“Nadeswaran Munusamy (63 tahun, bekas wartawan) dilantik sebagai penasihat.

“Radhakrishnan Nadarajah, (55 tahun, akauntan yang dibatalkan sijil oleh New Zealand Chartered Institute of Accountants (NZCIA) kerana melanggar etika pada 2013) dilantik sebagai penasihat dengan bayaran RM40 ribu sebulan.

“Kenalan CEO Elanjelian, Tamil Selvam Thirumilai, seorang penyelia pengeluaran dan aktivis sekolah Tamil dilantik sebagai pengurus, walaupun gagal dalam proses temuduga,” kata portal itu.

Bagaimanapun tiada penjelasan daripada Kulasegaran berhubung isu pelantikan itu. – 8 Oktober 2019.

10 COMMENTS

  1. It is not only happening in recently. It has happened before during the reign of MIC in some of the ministry. The only fair minister and bosses are Malay Muslim who will not look at the race but capability. Ad s result we are becoming the victim now. Now I think we shall do the same in order to protect our Malay Muslim in this country. Go to hell with what others will say

  2. YB Kula nie teruk belullah! He should look at other ministers. All have appointed members of other race aplenty — but not Kula. The other day, I was at MOE, and I pinch and remind myself I was in Putrajaya and not Chennai. That’s how colourblind YB Mazlee is. And, if you were to visit MEA, you may feel you have entered a province in China. Every other person you bump into would be a Chinese! 🙂

  3. Burung gagak memang memberi masalah kepada kebersihan bandar. Kerana itulah disesetengah tempat, diadakan pertandingan memburu burung gagak.

  4. The victor rules! Tun tak punya kuasa. Parti dia is a minority in the PH. Faham faham la istilah majority in parliament rules bukan Malay majority as per polulation rules. Masih tak sedar lagi?

  5. Baru tahu burong gagak berkuasa gaji besar duit dari mana tu kena renungkan lah segenak bila ramai pekerja diberhenti kan dan tak ada kerja alasan negara tiada duit hdk bayar gaji nampak tak perjawatan awam dan kaki tangan awam dikecil kan alasan hdk bayar gaji duit tak ada cukup .ancur PH terbaik perkerja melayu diberhenti kan tak salah kalu diperkatakan melayu merempat dinegara sendiri

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.