Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

KELEMAHAN yang wujud dalam kalangan orang Melayu berpunca daripada Tun Mahathir Mohamad sendiri ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, kata Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Oleh sebab itu, Setiausaha Penerangan UMNO itu menggesa Tun Mahathir agar tidak berterusan menyalahkan orang Melayu kerana malas dan tidak mahu merebut peluang.

“Kalau ada orang Melayu yang gagal, itu juga sebahagian kelemahan Tun yang diberikan kuasa untuk membina kekuatan orang Melayu dan rakyat dalam negara ini,” katanya.

Namun Shamsul bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa orang Melayu berpecah.

“Melayu berpecah? Memang betul berpecah. Namun siapa yang menjadi punca perpecahan ini. Dari parti UMNO lahir Semangat 46, timbul PKR, dan wujud Bersatu. Bukankah semua parti ini wujud kerana Tun Mahathir ? Justeru parti UMNO berpecah kerana siapa ?

“Hari ini Tun kata Kerajaan PH tiada kekuatan kemelayuannya. Ini juga salah siapa? Bukankah Tun juga yang meruntuhkan kuasa UMNO BN yang kuat Melayunya kerana dendam kesumat menebal dalam diri Tun? Kemudian memenangkan DAP yang benci Melayu?,” soalnya lagi.

Tambah Shamsul lagi, Kongres Maruah Melayu ini, akan terus tinggal kongres dan tiada sesuatu yang dapat mengubah keadaan jika Dr Mahathir terus mengamalkan sikap dan tindakan yang rugikan orang Melayu dan Bumiputera.

“Kuasa ditangan Tun. Gunakanlah. Bercakap saja tidak cukup,” ujarnya sambil berkata, Muafakat Nasional adalah jalan terbaik untuk orang Melayu serta rakyat Malaysia. – 8 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.