KEKERAPAN bertukar sistem cukai akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara, kata Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Disebabkan itu, beliau menegaskan tiada sebab untuk kerajaan mengembalikan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Jelasnya, perubahan sistem percukaian tidak wajar dibuat terlalu kerap kerana ia akan mengurangkan keyakinan pelabur dan memberi imej yang kurang baik.

“Banyak jenis cukai yang diperkenalkan, GST diperkenalkan dan banyak rintihan oleh rakyat kerana mereka perlu membayar cukai dua kali, sebab itu kita perlu kembalikan SST.

“SST ini sedang berjalan dengan kita hanya perlu perbaiki dan tidak ada sebab untuk kita mengembalikan cukai yang ditolak oleh rakyat (GST),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ma’mun Sulaiman (PH-Kalabakan) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia untuk melaksanakan semula sistem percukaian GST jika ia dikehendaki oleh rakyat.

Ma’mun berkata, terdapat luahan sentimen yang berbeza dalam kalangan masyarakat memandangkan terdapat yang menyokong sepenuhnya cadangan tersebut dan juga segolongan besar yang menolaknya.

Bagaimanapun pada 3 Oktober lalu, Tun Mahathir menyatakan kesediaan kerajaan untuk mengkaji bagi pelaksanaan semula GST jika itu adalah kehendak rakyat. – 8 Oktober 2019.

2 COMMENTS

  1. Mn ada kehendak rakyat.semua rakyat tk suka akn cukai2 ni..ini kelemahan kjaan ph dap sbb nk tunjuk pandai.nk kemabalikn cukai gst malu takut rakyat kutuk.last2 kerana terpaksa gunakn cukai sst sbb dh terlajak kata.lebih2 lg LGE..kalau gst dikembalikn mn LGE nk letak muka nye..LGE la yg belasah cukup2 tk nk kn gst..kita tgk apa akn jd tahun2 seterus nye.adakh ph akn bt u turn lg setelah ekonomi semakin terok..

  2. Just wait n see what plan or action government take to survive while economy getting worse results by bad attitude of their most of the ph ministry.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.