KONGRES Maruah Melayu terus memanaskan puak tertentu, kali ini Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Maruah Melayu, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Haji Hashim, pula digesa meletakkan jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Malaya kerana kononnya mengeluarkan hujah-hujah yang bersifat perkauman dalam Kongres Maruah Melayu.

Yang mengeluarkan desakan ini, melalui laman Facebook University of Malaya Association of New Youth (UMANY) yang beliau pimpin, dan laman Facebook Robin Yap ialah seorang mahasiswa Universiti Malaya bernama Yap Wen Qing yang berbuat demikian atas kapasiti beliau selaku Naib Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya.

Ironis dan tragisnya baru pada 21 Ogos lalu Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim menyampaikan surat pelantikan sebagai ahli Senat Universiti Malaya kepada Yap Wen Qing, selain kepada Mohd Akmal Hazieq Ahmad Rumaizi, untuk meningkatkan penyertaan, menyuarakan pandangan dan menyumbang idea kepada pengurusan universiti di peringkat tertinggi.

Saya tidak dapat melihat apa yang rasis di dalam ucapan Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim kerana ayat “Malangnya peralihan ini disulami perpecahan politik Melayu sehingga menghilangkan dominasi politik Melayu”, ayat “Lebih parah lagi selepas 62 tahun menikmati kemerdekaan ekonomi orang Melayu masih ibarat melukut di tepi gantang” dan ayat “Malahan akhir-akhir ini hak keistimewaan Melayu, agama Islam, institusi Raja, mulai dipersoalkan satu per satu” hanyalah satu pemerhatian ilmiah terhadap apa yang berlaku dalam negara kita.

Sebaliknya, Yap Wen Qing sepatutnya dipersalahkan kerana secara tidak beradab dan tidak beretika selaku seorang mahasiswa Universiti Malaya tanpa mendapat mandat Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya terus mengeluarkan desakan terbuka begini walaupun beliau, selaku ahli Senat Universiti Malaya, boleh menyuarakannya dalam mesyuarat.

Ada yang bertanya mengapa Yap Wen Qing terlalu lantang bersuara, tetapi ia sebenarnya tidak sukar difahami bila dilihat perkaitan antara UMANY yang beliau pimpin dengan Dr Hew Kuan Yau, CEO Majlis Perniagaan China-Malaysia (MCBC), serta dukungan yang diberikan oleh Ronnie Liu Tian Khiew dan Dr P Ramasamy ke atas desakan beliau ini.

Begitupun, kenyataan Yap Wen Qing ini telah dikecam oleh Neo-Siswa Universiti Malaya yang menyeru mahasiswa untuk mempertahankan Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Haji Hashim dari serangan fitnah dan Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya yang menuntut Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya memohon maaf atas perilaku semberono Yap Wen Qing. – 9 Oktober 2019.

DR KAMARUL YUSOFF,

Penganalisis politik.

4 COMMENTS

  1. Anak didik DAP senantiasa bersifat chauvanist dan racist.. Kenapa perlu takut menyatakan kebenran.. Berkata benar adalah ajaran Islam..

  2. Klu org melayu bersuara mempertahankan hak melayu dan agama islam dikatakan rasis. Yg kaum lain mempertahankan sekolah vernakular tu x rasis ke? Bangang punya budak yg bernama yap wen qing ni. Belajar tinggi2,bodohnya lg tinggi dr klcc

  3. Melayu berhimpun,berckp psl hal2 berkaitan melayu,rasisss!!..jd, pernahkah di bumi malaysia ni..bangsa cina (cina DAP) atau india (paria DAP) berhimpun utk bercakap mengenai hal2 berkaitan melayu?..berfikir utk masa depan org melayu?..mmg xla kn?.

  4. Dimanakah unsur perkaumannya dalam ucapan canselor tersebut. Yang disebutkan adalah realiti. Yang bersifat perkauman adalah pelajar tersebut. Pastikan tindakan tata-tertib di ambil ke atas pelajar tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.