SITI Nurhaliza menjadi mangsa kecaman penyokong pro-Pakatan Harapan (PH) apabila membuat persembahan pada Kongres Maruah Melayu baru-baru ini.

Penyanyi tersohor tanah air itu mendendangkan Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) ketika mengiringi Tun Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah melangkah masuk ke dewan Stadium Malawati Shah Alam.

Seperti yang dapat dilihat, Siti cenderung menghadiri majlis atau program melibatkan Tun M sama ada sebelum atau selepas PH menawan Putrajaya.

Penglibatan Siti membuatkan ramai penyokong PH beranggapan penyanyi kelahiran Pahang itu menyokong Tun M dan PH sendiri.

Namun ternyata lagu keramat orang Melayu yang didendangkan Siti mengundang kepanasan dalam askar siber DAP.

Seperti sedia maklum, RBA belaan DAP gemar menyerang isu-isu yang membabitkan kepentingan Melayu dan Islam.

Sikap perkauman mereka sekali lagi terserlah apabila menghentam persembahan Siti.

DAP sebelum ini menentang keras penganjuran kongres itu yang disifatkan berbaur perkauman.

Malah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pro-DAP juga tidak dijemput ke kongres itu pada awalnya.

Beliau mendakwa hanya menerima jemputan pada minit-minit akhir. – 9 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.