DUA ADUN DAP antara tiga suspek yang ditahan kerana dipercayai ada hubungan dengan kumpulan pengganas Sri Lanka.

Penahanan itu disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy yang paling kuat dikaitkan dengan kumpulan pengganas itu.

G Saminathan, merupakan Exco Kerajaan Negeri Melaka yang bertanggungjawab kepada portfolio sumber manusia dan Adun kawasan Gadek, dan Adun Seremban Jaya, P Gunasekaren, ditahan Bukit Aman pagi ini, bersama seorang pemimpin NGO India dari Perak.

Penahanan Saminathan disahkan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Mereka sedang disiasat kerana dipercayai ada hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kumpulan pemisah terlibat dalam perang saudara lebih tiga dekad di Sri Lanka.

Difahamkan kedua-dua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Ayob Khan Mydin Pitchay berkata satu kenyataan akan dikeluarkan kemudian.

pada sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, di Melaka.

LTTE yang diketuai V. Prabhakaran mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam, utara Sri Lanka.

Kempen keganasan LTTE menerima sokongan moral dan pembiayaan daripada ramai pihak termasuk diaspora Tamil yang bersimpati dengan nasib masyarakat Tamil di negara itu.

Pertubuhan itu, yang kini dilaporkan tidak aktif selepas Prabhakaram terbunuh dalam operasi ketenteraan kerajaan Sri Lanka, pernah disenaraikan sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan di lebih 30 negara termasuk di Malaysia. – 10 Oktober 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.