KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) terus berdegil untuk memansuhkan Akta AntiBerita Tidak Benar 2018 apabila berkeras membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) bagi mencapai hasrat mereka itu.

RUU Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 sebelum ini sudah ditolak oleh Dewan Negara pada sesi Sidang Parlimen yang lepas tetapi kerajaan PH melalui Parti AMANAH tetap mahu akta itu dimansuhkan.

Semalam Dewan Rakyat sekali lagi meluluskan untuk memansuhkan akta tersebut apabila 92 Ahli Parlimen bersetuju manakala hnya 52 menentang.

Susulan itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menyindir usaha PH yang bersungguh-sungguh mahu menghapuskan akta bagi mengekang penyebaran berita palsu dan fitnah.

“Kerajaan PH terus berkeras membentangkan RUU untuk kali kedua bagi memansuhkan Akta AntiBerita Tidak Benar 2018 walaupun telah ditolak oleh Dewan Negara sebelum ini.

“Ia satu khabar gembira buat individu dan kumpulan yang suka mencipta dan menyebarkan berita palsu dalam masyarakat.

“Padang (mahsyar) kembali luas buat mereka.

“Begitulah ‘rahmatan PH’. Rahmatan palsu.

“Yang benar ialah PAN (AMANAH) sokong pemansuhan akta ini,” katanya dalam catatan di Facebook. – 10 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.