SEORANG penduduk membaca laporan berhubung penderitaan keluarga peserta Felcra Rompin yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia di sebuah kedai kopi di Jempol, Januari lalu. - UTUSAN ONLINE

DENGAN usia Utusan Melayu cecah 80 tahun, hari ini telah dikuburkan oleh pihak PH-DAP.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menggunakan Utusan Melayu untuk tujuan politik beliau.

Namun hari ini, beliau membiarkan sahaja sebuah akhbar Melayu dan Jawi tertua ini terkulai layu sehingga nyawa terakhir.

Beginikah sikap pemimpin Melayu Bermaruah?

Adakah beliau tidak terfikir ribuan orang Melayu dan pelbagai bangsa bekerja di UM akan hilang punca pendapatan?

Bermaruahkah Mahathir ini ?

Melihatkan kepada perlakuan kerajaan PH-DAP ini membuat rasa benci dan marah semakin memuncak.

Saya akan pastikan bahawa kerajaan PH-DAP ini akan lenyap selenyap lenyapnya dari bumi Malaysia.

Saya sedia berjuang demi memastikan Malaysia terus aman dan makmur dibawah pentadbiran yang cekap, cemerlang dan berintergriti.

Ayuh bangsaku kita bangkit, kita perkemaskan dan kita perkukuhkan pertalian sesama kita untuk memastikan Kerajaan Zalim PH-DAP hilang ditelan bumi.

Kepada Allah SWT kita bermohon. Kepada Allah SWT kita berserah. Takbir! – 10 Oktober 2019.

FAIZUL ALI AINUL,
Presiden Solidariti Amal Rakyat Malaysia.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

11 COMMENTS

  1. Sejak kemerdekaan 1957 sampai hari ini, bumiputra memang sudah bangkit sehinngga hari ini, Hari ini Bumiputra masih ada di tahap yang keutamaan and Kerajaan selalu memberi peluang untuk Bumiputra sahaja….. seperti licence tetentu untuk Bumiputra sahaja… kamu tahu lah sendiri….
    Majority menteri -menteri pun kebanyakkan bumiputra…..
    Saya tak faham kenapa bumiputra sekarang sudah ada di tahap yang tinggi…. kerajaan sudah beri keutamaan untuk bumiputra seperti licence, contractor licence, AP Dan lain lain ”Bumiputra Sahaja”….
    Hari ini masih nak bising… ”Bangkit, bangkit”.
    Mungkin yang masih yang tidur itu… sekarang baru nak bangkit ke…..
    Banyak bumiputra di Malaysia… sudah berjaya.
    Mungkin yang tidur itu… sekarang baru nak bangkit.
    Syarikat tutup jangan salahkan… kerajaan atau mana pihak politics…. atau sesiapa…. itu management problems atau business tak bagus…. macam macam sebab lah.

    • Ya, melayu telah lm bangkit..tp, mslhnya masih ada pemimpin melayu sendri yg suka memperlekehkan bangsanya sendri seperti “melayu malas”..pd pandangan pemimpin berkenaan, hanya melayu yg bergelar jutawan/bilionaire layak digelar “melayu rajin” & berjaya..mmg benar jgk byk keistimewaan diberikan kpd melayu sblm ni..cthnya tender kerajaan mestilah syrkt bumiputera seperti sblm ini..kerana hanya dgn cara itu agihan pendapatan dpt dirasai semua kaum..buktinya, kaum manakah yg menguasai bekalan bahan binaan (hardware) di malaysia?..cuba bygkan sekiranya tender terbuka diamalkan, agihan pendapatan hanya akan berlegar pd satu kaum shj..bleh nmpk x?

  2. Masallah aliran tunai adalah punca kebenhkrapan syarikat. Dan masaalah inintelah dilalui on utusam group sejak lama dulu. Berbagai project lifeline Di beri on BN utk menampung UTUSAN group. Sejak BN tiada kuasa utk beri project lijeline maka tiadalah wang yg dapat disalurkan kpd utusan Nahi menampung bayaran overheadsnya. Orang melayu Jena buat selidik kenapa utusan gagal peniagaan nya? Cari la puncanya atau orang melayu tak nampak puncanya? Ada lebih kurang sejuta Malay households. Nika satu rumah langgan utusan, ada sejuta naskah sehari!!!! Kenape orang melayu tidak melanggan nya? Adakah orang melayu terlalu miskin utk rm1.5 sehari melanggan utusan? Mungkin SBB majority B40 Tu orang melayu!!! Atau mutu berita ygkurang menarik kerja is adalah mouth piece orang tertentu. Atau orang melayu tak suka membaca? Atau pengurusan utusan yg haprak? Kalau orang melayu tak boleh memahami punca kejatuhan utusan atau Mali utk menerima punca nya , maka Kita buatla peniagaan yg dapat menyeronokkan Kita saj. Syok sendiri. Ramai professor melayu disana yg boleh buat case study tentang UTUSAN. Kita belajarr Dari kesilapn lampau.

  3. Beribu sebab sudah dinyatakan dan segala tomahan sudah di jelaskan. Yang penting Utusan Malaysia telah dikuburkan oleh PH-DAP untuk menutup mulut Melayu. Sejak tertubuhnya Utusan Melayu (Jawi) pada tahun 1939 sampai sekarang “Lidah Melayu” masih kedengaran tidak kira jenis media sekalipun. Bungkusnya nya Utusan Malaysia tidak semestinya bermakna suara Melayu akan hanyut dan lupus instead will be (not shall be) louder and louder as days go by. As of today the Malays’ dignity (Maruah Melayu) has been degraded and receded to the lowest ebb you could imagine the likes of pushing the Malays hanging by the cliff. Bila Bangsa Melayu tidak setuju masih ada sepatah kata mulia untuk ditegur, bila Bangsa Melayu mula marah ada juga perpatah yang berbunyi “buang yang keroh ambil yang jernih TAPI, bila Bangsa Melayu sampai ketahap “Membenci” the proverb “Biar mati anak janggan mati adat” and “bila menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lenggan” in which will be heard in every facet of wavelengths you could ever think of. The time has come for the Malays to move forward to clamp down on those subversive elements endangering our unity and country for the betterment of our future specifically our children.

  4. This Surat kabar aarrh..shd have been closed about 5 to 7 years ago. It appeared that this paper depended and survived because the govt of that day provided what the malays called dedak. Even that 3 million UMNO members lost their appetite reading your paper plus the emergence of many other electronic sources of more attractive news. You also denied the opposition Malay’s right to use your paper to emminate their voice to the. Hence they retaliated by no longer subscribing your rotting paper…

    In fact the govt did not close your paper. Your boss up there told yesterday that the whole system could not go ahead it’s operation due to failure in business. Why blame PH?

    • Wake up dude! Nobody read prints anymore…people read online portal.It could have happened to any publication.That’s what Utusan should have focused 10 years ago.Nothing much to do with politics whatsoever.Even if Utusan was the tongue of BN/ Umno..so what! Every other publication has their political back up after all!

  5. Sudah bankrap, mau salahkan Tun M dan PH pula? Nada harapan penulis ani😂🤣 Sdh bertahun2 Utusan & Kosmo menipu bagi pihak Perikatan/BN.

    • MasyaAllah
      Sapalah yg sebenarnya termakan fitnah tu
      Orang bodoh saja yg suka melihat kejatuhan anak bangsanya..

  6. Kenapa tuduh org lain atas kelemahan kita? Kalau asyik dok tuduh org lain, tak maju lah. Ingat baik-baik, bila kita tunding jari telunjuk lpd org lain, jgn lupa masih ada 3 lagi yg tertunding kpd diri kita sendiri. Jgn sedih bila kaki fitnah dijatuhkan … Maruah tidak terjejas dgn jatuhnya Utusan ni malahan maruah dpt dipertingkatkan sb dpt elak fitnah yg berleluasa spt mana tulisan penulis ni.

  7. Nape nak tuduh kerajaan yg ada skrg, um ada saham umno-bn yg kaut keuntungan masa berkuasa um memihak pada kerajaan terdahulu gak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.