KEJAYAAN pihak Polis Diraja Malaysia  (PDRM) membuat tangkapan di seluruh negara terhadap beberapa orang pemimpin DAP berhubung penglibatan dengan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) membuktikan bahawa  pihak polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak baik melibatkan orang perseorangan mahupun daripada kalangan ahli poliitk.

Tahniah dan syabas diucapkan atas kecekapan pihak PDRM yang telah membuat risikan sejak daripada tahun lepas lagi.

Antara mereka yang ditahan kerana mempunyai bukti penglibatan mereka di dalam keganasan adalah dari parti DAP,  Exco Melaka, G Saminathan dan ADUN DAP Seremban Jaya, P Gunasekaran.

Rakyat Malaysia merasa lega usaha yang dilakukan pihak polis kerana rakyat tidak merasakan selamat sejak akhir ini apabila kumpulan ini mula bertapak dan melancarkan beberapa program pelancaran dan memuja senjata sebagai pengisian program mereka.

Kita juga memuji SOP pihak polis yang membuat tangkapan sedemikian dan telah merujuk kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan di peringkat tertinggi

Saya berharap pemimpin parti DAP jangan mempertikaikan dan menjadikan ini sebagai modal politik untuk memburukkan tindakan pihak polis kerana ianya bukan hanya melibatkan parti DAP sahaja malahan semua yang terlibat dengan keganasan ketenteraman awam yang melibatkan semua bangsa dan tidak mengira parti politik. 

Janganlah hanya kerana mereka dari kalangan pemimpin DAP, maka semua boleh terlepas seperti kes rasuah Guan Eng, ekstremisme dan hasutan ( spt Ramasamy, Kulasegaran, Rayes dan Ganabatirau). Kita mahu tahu apakah berlaku unsur ancaman lebih serius seperti bantuan kewangan oleh pemimpin DAP kepada LTTE? Juga apakah wujudnya sel-sel LTTE di Malaysia? Apakah ada unsur pengaruh LTTE dalam kes rusuhan dan kematian Adib?– 11 Oktober 2019.

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH

PRESIDEN JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM)

1 COMMENT

  1. Tangkapan kaitan dengan kagiatan LTTE oleh PDRM yg melibatkan tokoh2 politik DAP jelas mmbuktikan sedikit sebanyak penglibatan parti berkenaan menyokong gerakan keganasan yg dilakukan. Mgknkah ada pakatan atau perancangan sulit/jahat yg boleh menjejaskan keselamatan negara dari beberapa puak ini?

    1. ISU ini amat ketara bila beberapa pimpinan utama DAP mendahului proses U2 Mahkamah mendesak supaya dibebaskan mereka yg ditangkap itu dengan mendakwa merteka tidak bersalah?.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.