DISARAN pihak PDRM, KDN dan MKN mengambil tindakan segera diatas ‘Kebiadapan Melampau’ puak atau golongan minoriti yang cuba mencabar Undang undang dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan Eksploitasi dan Pendedahan yang begitu mengancam keselamatan Awam dan Negara.

Disaran pihak ATM dan Pihak Berwajib tidak akan memandang ringan akan ‘Ancaman Luar’ yang cuba mengganggu gugat keselamatan negara sebagaimana Ancaman Komunis di masa lampau.

3Disarankan pihak ROS atau Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) akan mengambil tindakan tegas keatas setiap Individu atau Kumpulan Minoriti yang telibat dengan LTTE sebagaimana diketahui iumum bahawa LTTE adalah Kumpulan Haram yang tidak didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 Malaysia.

Jangan sampai rakyat sendiri sudah tidak mempunyai kepercayaan keatas Pihak Betkuasa dan Berwajib untuk tindakan selanjutnya.

Jangan pula nanti rakyat sendiri yang mengambil tindakan balas yang pasti mendatangkan huru hara dan kacau ganggu terhadap keamanan dan keharmornian di dalam negara yang tercinta ini.

Apakah mereka ini sudah hilang jatidiri dan semangat cintakan negara dengan lebih mementingkan hal ehwal luar negara yang tiada kaitan langsung terhadap Sistem Pemerintahan Negara ?

Adakah secara sengaja pihak mereka ini, mengambil tindakan secara provokasi terhadap keselamatan negara dengan api perkauman melampau dan secara ekstremis cuba mengganggu gugat keamanan selama ini ?

Tindakan LTTE atau apa juga nama pertubuhan haram ini telah mendatangkan kebimbangan yang amat tinggi dikalangan rakyat jelata serta ancaman terhadap Sistem Keselamatan Negara.

Gunakan Peruntukan Undang undang Malaysia seperti SOSMA, POTA dll. Bagi Tindakan Pembenterasan dan Pencegahan!

Oleh demikian, sebagai wakil NGO di Malaysia, kami tidak akan membiarkan keadaan ini berterusan mengancam keamanan negara dan keharmornian rakyat serta ancaman kepada semua sistem yang kedapatan di negara ini.

Sila ambil tindakan ke atas pemimpin, pengikut dan ahli LTTE secara habis-habisan!

Jangan dek mahu menjaga hari si polan, negara terancam! – 11 Oktober 2019.

BAHA TAHA

Pengerusi Sekretariat Gerakan NGO NGO Bergabung Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.