SUDAH 12 suspek pro pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ditahan polis setakat hari ini.

Terbaru, lima individu ditahan dalam satu operasi khas di beberapa negeri kerana disyaki disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas Sri Lanka itu.

Menurut laporan media yang memetik sumber, Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman menahan dua suspek di Melaka, dua lagi di Pulau Pinang dan seorang di Selangor.

“Betul ada tangkapan baru kerana disyaki terbabit LTTE pada hari ini, susulan daripada penahanan tujuh individu sebelum ini.

“Maklumat lanjut berhubung penahanan mereka itu akan dimaklumkan dalam sidang media esok,” kata media.

Sementara itu, satu sidang media akan diadakan pada 10.30 pagi esok di Bukit Aman berhubung penahanan individu berkenaan.

Sebelum ini polis menahan tujuh individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka kerana disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas LTTE.

Mereka itu ditahan di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah dalam operasi khas bermula 9 pagi hingga 2 petang pada Khamis lalu. – 12 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.