PAKATAN Harapan mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) dalam pembentangan Bajet 2020 semalam.

Untuk sekolah persendirian Cina pula, peruntukan sebanyak RM15 juta pula diberikan.

Nilai itu nampak besar bagi sekolah SK dan SMK tetapi realitinya setiap sekolah hanya mendapat RM30,000 sahaja berbanding RM250,000 yang diperolehi sekolah persendirian Cina.

Perkara itu dibangkitkan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan dalam Twitternya.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, negara mempunyai kira-kira 9,000 buah sekolah SK dan SMK manakala sekolah persendirian Cina pula sebanyak 60 buah sahaja.

“Sekitar 9,000 buah SK/SM Kebangsaan diberi RM300 juta, hanya RM30,000 untuk setiap sekolah.

“Jumlah semua sekolah 10,208.

“SM Persendirian Cina diberi RM15 juta untuk sekitar 60 buah sekolah bermakna RM250,000 sebuah.

“Adilkah Bajet2020 ini?

“Patut diberikan RM250,000 juga untuk sebuah SK/SM Kebangsaan!,” catatnya. – 12 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.