BELANJAWAN kelmarin adalah berita buruk kepada golongan miskin.

Hampir semua bantuan petani, pekebun dan nelayan diturunkan.

Yang paling kronik, adalah subsidi minyak yang ditarik balik. Ianya akan menyebabkan domino impak kepada rakyat Malaysia.

Formula memberi diskaun minyak kepada golongan B40 akan membebankan mereka kerana jumlah yang diberikan tidak setimpal dengan kenaikan untuk volume kegunaan asas golongan ini.

Sebagai contoh, purata minyak untuk kegunaan pergi balik kerja seminggu, sekitar 40 liter, dan kenaikan ini sekira subsidi ditarik balik adalah RM59.20. Berasaskan Harga minyak ampungan RM2.45. Dan harga subsidi RM2.08.

Kerajaan hanya memberi RM30 sahaja.

Inilah yang dikatakan kerajaan merompak dari poket rakyat miskin.

Sudah pasti golongan miskin dan pertengahan miskin akan terkena impak yang dasyat apabila kenaikkan harga barangan sekitar 10%-20% apabila subsidi minyak di tarik balik.

Kerajaan akan memberi alasan, “angota penguatkuasaan tidak cukup” untuk mantau kenaikan harga dan akhirnya segala kenaikan akan terus membebankan rakyat.

Budget kali ini juga adalah bajet Malaysian Malaysia, bajet DAP. Mereka sudah menyamaratakan semua kaum di Malaysia dan tidak ada lagi keistimewaan sebagai Peribumi.

Impian DAP selama ini untuk menyamaratakan semua kaum dalam Malaysia sudah menjadi kenyataan, ianya bukan tertumpu kepada bangsa yang memerlukan bantuan, ianya disasarkan kaum-kaum samarata yang akhirnya akan memberikan kaum Cina melebihi segala-galanya.

Mereka menggunakan kesamarataan dalam mengahgihan dana bantuan perniagaan dan pendidikan, yang memberi kelebihan per kapita kepada kaum cina.

Ini adalah berbeza dengan Barisan Nasional dengan meletakan keadilan dalam memberikan bantuan kepada golongan miskin.

DATUK MOHD RAZLAN RAFII
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.