POLIS perlu menyiasat 16 ahli politik Pakatan Harapan (PH) yang mengutuk tindakan PDRM menahan tujuh individu disyaki pro kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), gesa pendakwah bebas.

Firdaus Wong Wai Hung menggesa pihak berkuasa berbuat demikian selepas 16 pemimpin India dari DAP dan PKR menyifatkan penangkapan itu adalah di luar ‘pemahaman’, sekali gus menggesa pembebasan individu yang ditahan.

Firdaus menyifatkan tindakan 16 pemimpin India itu menyamakan Muslim bersimpati dengan Palestin dan Rohingya untuk membuktikan menyokong LTTE tidak bersalah adalah cara berfikir yang tidak logik.

Beliau menegaskan, Muslim bukan sahaja bersimpati dengan penindasan terhadap Palestin dan Rohingya, malah turut bersimpati ke atas semua manusia yang dizalimi.

“Rakyat Palestin sama ada muslim dan Kristian dibunuh, negara mereka diceroboh manakala Rohingya dibunuh, dirogol walaupun sekadar duduk diam di situ sedangkan pengganas LTTE membunuh orang ramai?

“Takkan anda tidak boleh membezakan orang yang dibunuh dan yang membunuh? Bila kena pada bangsa anda semuanya mulia dan suci tetapi bila muslim yang ditangkap kerana ISIS anda memuji PDRM dan bersetuju?”

“Saya berharap pihak polis siasat sekali semua ahli politik yang keluarkan kenyataan itu kerana barangkali mereka ini juga penyokong pengganas LTTE! Kami sokong PDRM tegas membanteras ekstremis dan pengganas!” tegasnya.

16 pemimpin itu termasuk Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy mengecam penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan, tidak seharusnya berlaku di bawah Kerajaan PH.

“Sangat tidak bertanggungjawab untuk menahan dan mendakwa mereka apabila mereka tiada hubungan dengan LTTE. Tanggapan tentang kebangkitan semula LTTE tidak masuk akal dalam konteks Malaysia.

“Kami menggesa kerajaan untuk segera melepaskan mereka yang ditangkap tanpa sebarang syarat. Penangkapan ini hanyalah pencerobohan terhadap keadilan. Penangkapan dan penahanan sedemikian tidak boleh dibenarkan di bawah kerajaan PH,” kata mereka.

Selain itu, mereka turut memberi contoh orang Muslim di Malaysia yang simpati terhadap rakyat Palestin dan Rohingya, kata mereka, bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya sesetengah pihak dalam masyarakat Tamil bersimpati dan bimbang dengan keadaan warga Tamil di Sri Lanka. – 13 Oktober 2019.

2 COMMENTS

  1. Melihat reaksi pemimpin2 Hindu dalam DAP terhadap tangkapan beberapa pemimpin dan individu yang polis percaya adalah penyokong2 kumpulan pengganas LTTE, menunjukkan kegelisahan dan ketakutan luar biasa pada pemimpin2 ini yang berkemungkinan pihak berkuasa akan menjumpai bahan2 yang lebih penting daripada wang dan risalah2 LTTE. Diharap polis luaskan operasi dengan mengeledah kuil2 dan tanah perkuburan Hindu mencari senjata2 bahaya yang mungkin telah diseludup masuk dari Sri Langka untuk disimpan di negara ini di rumah2 ibadah untuk mengaburi pihak berkuasa. Senjata2 tersebut mungkin diseludup dalam patung2 gergasi sebagaimana dadah diseludup masuk.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.