DUA pemimpin tinggi DAP mendakwa, dalam portal Malaysia Kini, penahanan pemimpin DAP kerana penglibatan mereka dengan LTTE adalah satu tindakan politik.

M Kulasegaran dilapor menyatakan bahawa tuduhan DAP menyokong LTTE ada kaitan dengan tarikh Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang semakin dekat.

Dr P Ramasamy pula mengaitkan penahanan pemimpin DAP dengan apa yang beliau dakwa penurunan sokongan di kalangan orang-orang Melayu terhadap BERSATU.

Tak masuk akal sungguh dakwaan M Kulasegaran dan Dr P Ramasamy ini:

(1) PDRM adalah satu agensi di bawah KDN,

(2) Menteri yang jaga KDN adalah Menteri BERSATU,

(3) Tanjung Piai adalah kerusi milik BERSATU,

(4) Takkanlah BERSATU nak sabotaj diri sendiri?

(5) Dan takkanlah PDRM ada agenda politik?

Sudah kepeningan yang agak teruk nampaknya dua pemimpin tinggi DAP ini hingga meracau tak tentu hala. – 14 Oktober 2019.

DR KAMARUL YUSOFF,
Penganalisis Politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

2 COMMENTS

  1. Bukan pening, tapi lebih dari takut yang teramat sangat. Macam pencuri bila kawan2 dah kena cekup yang lain2 gelabah macam orang gila. Begitulah keadaan pemimpin2 DAP ini terutama Kula Segaran dan Ramasamy. Dulu bukan main celupar dan angkuh bercakap; siap mencabar pihak polis menangkap mereka. Bila mereka lihat tindakan keras PDRM mereka sudah gelabah, sentiasa memandang pintu pejabat kalau2 kena tentang dan dipecahkan oleh Polis Anti-Terroris lengkap bersenjata dan memegang gari. Dulu mereka mengaum macam harimau LTTE, sekarang dah mengiau macam kucing kurap.

  2. 2 la Bodo sangat berlagak suka menentang Pas 2 buat Stadmen bodoh yg terang2 bangang. Skrg buat lah pekara Bangang lg…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.